BANYAK AMALAN BAIK PILIHLAH AMALKAN

BANYAK AMALAN BAIK PILIHLAH AMALKAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. ADA beberapa amalan sunat elok dilakukan pada hari Jumaat. Potong kuku, mandi sunat, baca surah Al kahfi, bersedekah, pakai pakaian yang molek, pakai wangi-wangian, zikir dan berdoa, berselawat ke atas nabi, pergi ke masjid lebih awal, lakukan solat sunat lebih banyak dan sebenarnya ada lagi. 

BANYAK AMALAN BAIK PILIHLAH AMALKAN
Luar daripada amalan sunat ini berbalik pada diri sendiri juga sebenarnya banyak perkara atau amalan baik yang boleh dilakukan bukan cuma hari Jumaat tapi setiap hari lainnya juga. kalau di hari Jumaat mahu memulakan amalan yang baik kemudia diteruskan sahaja jadi amalan pun itu lebih baik sebenarnya.

Jumaat pertama dibulan ketiga tahun 2022. MasyaAllah. Berbalik kepada diri sendiri dahulu. Memang ada beberapa amalan sunat seperti yang telah dinyatakan, namun kadang ianya tidak dipenuhi dan dilakukan kesemuanya juga. Jangan risau. Jangan juga sedih. Kalau belum niat, maka niatkan mulai hari ini, ''Ya, Allah, aku mahu jadi manusia yang baik, taat akan segala suruhanMU dan patuh dengan setiap laranganMU, kerana MU Ya Allah, bantulah aku dan permudahkan''.

Sematkan niat-niat yang baik dalam hati itu juga bagus. Apatah lagi kalau disokong dengan usaha atau tindakkan ke arah itu. Niat nak jadi baik, usaha buat baik, ubah diri ke arah lebih baik. kalau cma niat sahaja dah dapat pahala apatah lagi kalau buat sampai berjayakan maka lagi bergandalah ganjaran baik diperolehi. Aamiin.

Baik buahnya daripada akar, batang, dahan dan seluruhnya pokok dan pohonnya. Dapat sumber yang baik daripda alam semulajadi juga disokong dengan baja-bajaan yang membekalkan nutrien dan vitamin tambahan pada pokok. Begitu jugalah dengan diri kita. Apa-apa pun bermula dari dalam diri sendiri terlebih dahulu sebelum lakukan apa pun amalan sunat yang digalakkan. Sempurnakan yang wajib, tambah dan sokong dengan yang sunat. 

Tinta Perdu Cinta ❤
BANYAK AMALAN BAIK PILIHLAH AMALKAN



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. setiap hari adalah peluang untuk berubah. salam Jumaat PC

    BalasPadam
  2. bersamalah kita membuat pilihan yang baik

    BalasPadam
  3. salam Jumaat pc moga berbuat baik tiasa

    BalasPadam
  4. salam jumaat...sama2 la kita amalkan apa yg baik2 kan

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama