ISTIQAMAH

ISTIQAMAH | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. MUDAH disebut tidak mudah dilakukan tetapi tidak mustahil untuk dilakukan. Buat sesuatu secara berterusan atau konsisten bagi PC tidak mudah. Mungkin mudah kalau hal itu kita suka atau memang minat sangat. Apa yang menjadi cabaran adalah nak ISTIQAMAH dalam hal atau pada perkara yang baharu apatah lagi sesuatu yang tidak terbiasa dilakukan. Nak jadikan biasa dan berterusan itu yang mencabar dan ada cabarannya. 

Mencabar dan ada cabarannya. Apa yang akan tercabar adalah diri sendiri. Mahu teruskan atau tidak. Mahu teruskan itu bererti mencabar kemampuan diri. Ego, prinsip, kesabaran, nafsu dan sebagainya. Adakala bab ni lepas, datang pula cabaran yang lain tidak dari diri sendiri. Sebab itulah tidak mustahil adakala ISTIQAMAH terkadang boleh terkandas dipertengahan jalan. Ini selalu boleh terjadi.

ISTIQAMAH

Kuatkan semangat. Tidak ditolak, semangat yang kuat diperlukan dalam istiqamah. ISTIQAMAH beribadah, menuntut ilmu, bekerja, berdiet dan sebagainya. Semangat tu yang menjadi pemangkin dan landasan. Bila ada semangat in sya Allah tidak mudah berputus asa. Kalau rasa lelah atau bosan cepat kembali pada tujuan asal. Lumrah manusia,  PC sendiri pun ada rasa malas, bosan, letih ketika mahu istiqamah lakukan suatu urusan. Namun begitu semangat daripada Allah SWT yang bangunkan semula pemikiran supaya lebih positif. 

Niat yang jelas. Niat sangat penting.  Macam mana nak memancing perlukan umpan begitu jugalah mahu istiqamah. Tak kiralah tersasar jauh ke, berhenti sekejap ke, bila ingat niat awal yang jelas dan betul, in sya Allah akan kembali istiqamah lakukan apa pun itu. Nanti akan terdetik sendiri pada diri dan hati, "Eh aku kan dah niat begini.. aku kan dah nak macam ni.. ". Tak langsung menarik fokus kita kembali untuk istiqamah semula. 

Istiqamah ada ujiannya. Ujian hati. Tidak semua orang mampu ISTIQAMAH dalam kebaikkan dan jika kita mampu jangan riak. Semua atas usaha kita sahaja tapi kalau Allah tak izin tak ke mana juga. Cabaran besar bebaskan hati dan lisan daripada riak,  ujub dan takabur apabila berjaya istiqamah. ISTIQAMAH dengan kerendahan hati itu lebih nikmat dan nikmatnya luar biasa.

Tinta Perdu Cinta
Istiqamah 





PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Betul PC, Sis pun tiap kali solat sentiasa berdoa, moga Allah beri kekuatan untuk istiqomah dalam segala segi kehidupan..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama