JACOBS ORIGINAL

JACOBS ORIGINAL | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Hi- Fibre, Weetameal, Low- Sodium Hi-Fibre dan pilihan PC biasanya original. Lain-lain tu ada cuba juga tapi akan balik juga pada yang asli. Jacobs Original.

Selera atau tekak kita ni kadang susah nak jangka. Tak boleh nak diteka juga pun. Kadang nak makan yang berat-berat. Kadang nak makan yang ringan-ringan je. Tapi kadang yang dianggap ringan-ringan tulah yang berat kesannya pada badan terutama kesihatanlah. Kena hati-hati jugalah.

JACOBS ORIGINAL



Sekarang kerap hujan. Kadang siang panas terik, malam sampai ke pagi hujan selebat-lebatnya. Ada masa siang hujan ribut petir. masuk je senja alhamdulillah tak hujan lagi dah. Tapi kalau PC biskut ni, PC makan tak kira masa juga pun. Mungkin sebab suka biskut la agaknya. Kawankan dengan air milo panas. Celup sekeping, eh sekali keluar tinggal setengah keping. Nasib-nasib. Hahahahah.

Ada orang langsung tak suka makan biskut. Sebab dalam keluarga PC ada macam tu. Memang dia tak makan  apatah lagi nak sentuh. Entah tak tahu kenapa. Tak apalah, nak buat macam manakan. Ikutlah suka dan selera masing-masing. Nak marah pun tak boleh. Tapi kalau satu masa darurat ke, masuk hutan ke, ada biskut je. perut dah lapar, janganlah pilih binatang mughalazah. Pilihlah makan biskut dulu ya.

Jacobs original pilihan PC. PC rasa dah lama sangat PC dengan Jacobs original ni. Serasi dengan selera dan ini yang PC rasa ngam bila dipasangkan dengan air kegemaran PC. Lagi satu bila balik kampung pun biskut Jacobs original ni juga ada di rumah mama babah dan mertua. Sekali lagi selera dan pilihan masing-masing.

Sebelum terlupa, PC juga suka makan biskut Jacobs original ni dengan bubur kacang hijau. Sekian review sebab suka makan.

Tinta Perdu Cinta ❤
JACOBS ORIGINAL

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Terbaru Lebih lama