PILIHARAYA NEGERI JOHOR

PILIHANRAYA NEGERI JOHOR | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. MASA yang ditunggu-tunngu sampai juga. Semua dengan izin Allah swt. Merah biru. JDT. Bangsa Johor. Ini yang sering didengari dan disebut-sebut. 

PC sedih tak dapat mengundi. Tak dapat balik kampung atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Semangat warganegara. Warga negeri. Anak Johor. Lebih sedih lepas ni bila ada pilihanraya umum Negeri Johor sudah berkecualikan. Ermmmm. Tapi tak apa. Ini untuk Dewan Undangan Negeri. Jangan lupa untuk Parlimen belum lagi.. moga dapat menyimbang undian la PC. Aamiin.  Doakan apa yang terbaik biar terus menjadi benteng dan tulang belakang pentadbiran negeri Johor untuk semua bangsa Johor.

PILIHARAYA NEGERI JOHOR

Selamat mengundi semua. Jaga diri. Jaga kesihatan. Tetap patuh SOP yang ditetapkan. Mengundi kerana Allah. Apa pun pilihan kita semua tetap bersaudara. Fahaman, pilihan parti itu hak masing-masing. Paling utama siapa yang terpilih nanti menerajui pentadbiran Negeri Johor tidak hanya selesa dikerusi empuk dan dinginnya penghawa dingin, sebaliknya sentiasa turun ke lapangan mendekati rakyat sentiasa. 

Kepercayaan telah diberi bukan cuma daripada rakyat, tetapi galas tanggungjawab sebagai pemimpin daripada Tuhan juga. Jangan cuma manisnya pada rayuan tapi bertukar pahit pada janji.

Selamat mengundi semua Bangsa Johor.

Tinta Perdu Cinta❤
PILIHARAYA NEGERI JOHOR 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Peratusan yg mengundi kurang me gikut berita smlm kan
    mesti ramai x dpt blk

    BalasPadam
  2. Harao yang menang menjalankan tanggungjawab seperti yang dijanjikan

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama