SALAH SATU ATAU SALAH SEORANG

SALAH SATU ATAU SALAH SEORANG | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Sekepala bagus baharulah mudah bawa sembang. Memang betul-betul,  tapi dalam sekepala itu sangat-sangat penting ada yang boleh menjadi penasihat dan tukang sedarkan juga. Kalau dengan kawan-kawan, mesti kena ada yang boleh nasihati kawan-kawannya. Kalau suami isteri, mesti salah seorangnya boleh jadi penasihat walau sebenarnya dua-dua kena molek. Supaya saling boleh mengatur bila buat silap.

SALAH SATU ATAU SALAH SEORANG

Persamaan itu bagus tapi kalau dalam hal yang baik-baik. Kalau sebaliknya keadaan jadi lebih parah. Tak bagus jugakan. Salah satu atau salah seorang kena ada yang boleh diharap untuk menegur. Atau bertindak memperbaiki keadaan juga. Penting. Kalau satu masuk parit takkan yang lagi satu ikut terjun juga walau tak pandai berenang. Sekurang-kurangnya cari dan minta bantuan yang terhampir. Kalau salah seorang buat maksiat takkan nak biarkan dan tengok je. Sekurang-kurangnya tegurlah semampunya kita. 

Menjadi salah seorang yang boleh membantu kita atau mencari orang lain supaya menjadi salah seorang yang boleh membantu. Lain peranannya. Kalau kita boleh bantu, kita bantu orang lain. Kalau kita yang tersasar atau terseliuh perbuatan, carilah orang lain yang lebih baik yang boleh bantu kita. Macam tu ya. Tapi mesti kena ada salah satu atau salah seorang yang boleh mengurus, mengingatkan dan menjadi rujukan.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Salah Satu Atau Salah Seorang

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Terbaru Lebih lama