SEBENARNYA BUAH-BUAHAN DULU ATAU KEMUDIAN

SEBENARNYA BUAH-BUAHAN DULU ATAU KEMUDIAN  | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. MUNGKIN dah daripada kecil PC dibiasakan dengan buah-buahan. Buah-buahan yang selalu ada, semangka la atau ada orang panggil tembikai la. Buah durian, betik, rambutan, mudah cakap buah-buahan tempatan bermusim yang memang pokoknya ada dikeliling rumah. Tapi ada juga orang rumahnya dikelilingi dusun tapi kurang suka makan buah-buahan. Mungkin juga memang Allah cipta PC seorang pencinta buah-buahan, sayuran dan dessert. Alahh senang cakap memang suka makan la. Habis dan senang cerita.

PC dulu jenis tak kuat pedas. Pedas sikit je pun PC tak tahan. Merah padam muka. Peluh satu badan menggeletek macam kena apa je bila makan pedas. Makan sesuap, tapi minum airnya bergelas. Hujungnya makan sikit dah kenyang akibat minumnya yang lebih. Tak elok juga sebenarnyakan macam tu. Tak bagus juga untuk orang yang nak berdiat dan tak nak perut buncit.

SEBENARNYA BUAH-BUAHAN DULU ATAU KEMUDIAN

Tapi sekarang ni suka pula pedas. Bila dah berumur ni perut pulak kadang tak tahan. Dah kerja nak berak je tak sudah-sudah. Huhuhuhu. Macam-macamlah. Lagi satu ada yang bagi petua, kalau makan pedas, nak cepat hilangkan pedas, makan buah-buahan, minum susu, makan benda manis dan minum air suam serta makan ais krim. Cepatlah pedas tu nyah daripada lidah dan tekak kita. Pantangnya jangan makan pedas asyik minum nanti pedasnya makin menjadi oii. PC dah cuba kedua-duanya.. memang betul. 

Persoalannya, sebenarnya buah-buahan dulu atau kemudian. Ada orang cakap makan buah-buahan dulu sebelum nak makan makanan lain. Tapi biasanya, kalau pergi mana-mana majlis akan ada buah-buahan sebagai pencuci mulut lepas dah makan macam-macamkan. PC tak jumpa lagi hadis sahih yang mengatakan sunah makan buah-buahan dulu sebelum makan makanan lain seperti nasi dan sebagainya. Ia jadi sunnah bila ada hadis sahih sabda daripada Nabi Muhammad saw. Pendapat para ulama memang ada dan pelbagai. Maaf kalau PC silap dan boleh betulkan.

PC sendiri pernah jugalah tanya doktor. Kadang bila pergi klinik tu, selit-selit jugalah soalan-soalan yang dirasakan perlu dan wajar, kalau ikut perubatan dan pendapat doktor sebaiknya makan buah-buahan dulu. Buah-buahan ni cepat dan mudah dihadam. Segala zat atau vitaminnya mudah dan akan cepat diserap oleh badan kita. Lagi satu buah-buahan ni banyak air, ada sesetengan orang yang nak berdiet, dia akan banyak makan buah supaya cepat kenyang dan nanti kuranglah nafsu nak makan makanan yang berat. Tapi ada juga yang langsung tak boleh makan buah-buahan bila nak berdiet kerana gula pada buah-buahan tu pun boleh menggemukkan katanya.

Kalau PC pula, kalau di rumah ada buah-buahan, memang PC akan makan buah-buahan dulu sebelum makan makanan lain seperti nasi, mi dan sebagainya. Tak kisahlah sarapan pagi ke, makan tengahari ke.. buah dulu. Sebab kalau bulan puasa pun kita disunatkan makan kurma dulukan waktu berbuka sebelum makan makanan lain. PC ikut macam tulah.

Apa pun terpulang pada diri sendiri nak macam mana. Nak makan sebelum makan atau selepas makan ok je. Atau tak pun buat jus. Pun ok juga. Asalkan makan buah-buahan walau tak banyak. Jangan tolak terus kalau boleh. 

Tinta Perdu Cinta ❤
SEBENARNYA BUAH-BUAHAN DULU ATAU KEMUDIAN


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Ikut apa yang doktor pemakanan bagi tau, elok makan buah dulu sebelum makan hidangan utama. Ini untuk mempercepatkan proses pencernaan. Lagi satu trick dia kat sini..once kita dah makan buah dulu dan untuk hidangan utama kita x makan banyak...so xde la istilah terlebih makan...ini apa yang akak tau dari pakar pemakanan la...

    BalasPadam
  2. Saya pun suka makan pedas tapi jangan pedas sangat, memang tak tahan perut. Yang saya tahu makan buah dulu dan saya pun makan buah dulu sebelum makan nasi. Betullah apa doktor tu beritahu.

    BalasPadam
  3. Sha memang tak boleh makan pedas.. derita perut nanti.. hehehe..
    Sha suka makan buah dulu sebelum makan.. Membantu kurangkan pengambilan nasi.. hehehe..

    BalasPadam
  4. saya pun tak pasti. tapi kalau buah-buahan tu kegemaran saya macam pisang, mangga atau ciku, makan buah dulu baru makan nasi. takut orang lain habiskan pun ye jugak. haha

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama