BAGAIMANA MEREDAKAN KEMARAHAN

BAGAIMANA MEREDAKAN KEMARAHAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Marah itu biasa. Marah-marah tanpa sebab atau sebab yang kecil itu bahaya dan mesti diubah. Berubah. Boleh sebenarnya kalau mahu. Apa yang jadi masalah bila tak nak berubah. Kalau orang cakap,  orang nasihat sampai juling biji mata suruh berubah pun,  kalau diri sendiri tak mahu berubah susah juga. 

Ada orang mudah dan cepat marah tapi cepat juga redanya. Ada yang susah marah tapi sekali marah berhari-hari emosinya membara. Bagaimana meredakan kemarahan. Ada banyak cara yang boleh dilakukan. Boleh pilih dan praktikkan juga. Lain orang lain caranya dan lain kesesuaiannya. 

Bila tengah marah banyak hal lupa. Lupa istighfar. Lupa zikir. Lupa bersabar. Lupa jarakkan diri. Lupa semua. Kan tengah marah. Memang lupa semua. Sebab kadang lebih lima puluh peratus diri dikuasai syaitan,  iblis dan jin juga barangkali. Dah macam kena rasuk dibuatnya. Jadi Bila orang tengah marah kalau dah timbul akibat jangan tanya dia kenapa kau tak Istighfar dan sebagainya. Tak ada gunanya. Kalau boleh ingat semua tu mesti tak jadi marah. 

BAGAIMANA MEREDAKAN KEMARAHAN

Boleh meredakan kemarahan. Orang yang nak marah,  daripada awal jangan fokus apa yang nak dimarah. Alihkan perhatian pada hal lain. Benda ni susah nak buat tapi kena usahakan. Diri kita mesti tahukan. Ada rasa nak marah,  patahkan dengan istighfar dan lain-lain. Orang yang kena marah,  awal-awal awak salah ke, awak betul ke,  diam dulu. Jelaskan bila keadaan dah reda. Bukan apa,  tak nak bagi keadaan bertambah parah. Dalam keadaan memanah tak guna beri penjelasan. 

Meredakan kemarahan ni macam berperang. Susah. Lagi la kalau pihak lagi satu suka provok. Lagi hangin dibuatnya. Lebih hangin dah la dia buat kita marah,  alih-alih kita balik yang kena. Yang nampak dan dituduh bersalah. Memang meminta sangat-sangat. Semua perlukan proses. Dan setiap kita kena berjaga-jagalah. 

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Bagaimana Meredakan Kemarahan


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Terbaru Lebih lama