BILA OTAK LIGAT BERFIKIR BADAN MENJADI LESU

BILA OTAK LIGAT BERFIKIR BADAN JADI LESU |  Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. OTAK adalah anugerah yang dipinjamkan Allah kepada kita manusia dan makhluk lain juga. Pada otak ada fungsi yang besar kerana diotak itulah adanya akal untuk berfikir. Membezakan baik buruk. Membuat pertimbangan sepanjang kehidupan. Banyak pertimbangan. Banyak tapisan. Banyak perkiraannya. Terima kasih Allah atas nikmat otak dan akal yang salah satunya dapat PC mengolah idea untuk dikongsikan dalam blog ini. MasyaAllah. 

Otak yang berakal adalah rezeki. Nikmat. Akan tercemar dek kerana apa yang kita lihat dan dengar.  Apa yang kita makan dan minum. Semua saling berkaitan dan akan sentiasa mempengaruhi. Ianya akan sentiasa dipengaruhi oleh hati juga. Hati ok, akal ok. Akal ok in sya Allah boleh kawal hati. Paling bahaya bila dua-duanya tak ok. Maksudnya tidak tenang. Serabut semacam. 

Bila otak ligat berfikir mempengaruhi badan menjadi letih. Betul ke. Terjadi pada PC.  Encik suami juga alami hal yang sama. Macam encik suami kerjanya Ada masa fizikal Dan otak ligaynya kena seiring. Ada masa fizikalnya banyak dimeja berbanding gerak ke mana-mana tapi otak kenal ligat. Bila balik rumah rasa letihnya tetap ada. Peningnya pun ada. Mengurus tenaga ketika berfikir. Macam kita menjahit. Duduk, yang gerak cuma kaki dan tangan, mata. Tapi rasa letih lain macam. 

Justeru itu kita memerlukan rehat yang secukupnya. Seimbang hidup kita ini. Ada waktunya kerja, rehat dan beribadah. Cantik sangat dah putarannya. Kitarannya. Tersusun cantik, cuma kita yang kena bijak mengemudi bagaimana sahaja. Sebab itulah tidur itu perlu. Jangan kita bulan puasa tak boleh tidur la pulak. Aduh.  Boleh tidur cuma jangan la tidur daripada sahur sampai ke waktu berbuka. Itu melampaulahkan. 

BILA OTAK LIGAT BERFIKIR BADAN MENJADI LESU

Tapikan, ada masa tertentu, tak banyak fikir. Santai tak guna otak itu yang buat jadi letih. Jadi macam lemau. Tidak produktif la pulak jadinya. Haaa. Itu yang ada lebih baik pilih ligat perahu otak berbanding tak buat atau tak fikir apa-apa. Semua ada hadnya.  Ada waktunya juga. Kadang selesa macam ni. Kadang lebih baik macam tu. 

Carilah sesuatu yang buat fikiran sentiasa berfikir tetapi tidak membebankan tubuh sehingga menjadi letih yang keterlaluan. 

Tinta Perdu Cinta ❤ 
BILA OTAK LIGAT BERFIKIR BADAN MENJADI LESU


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. betul PC..lebih bahaya bila otak penat jangan memandu, bimbang microsleep..bahayaa

    BalasPadam
  2. siaga tiasa dalam apa keadaan pun

    BalasPadam
  3. bila tak cukup rehat, byk sgt fikir...mmg bdn rasa letih dan lesu...pernh alami masa awal pandemic dlu kena work from home...sbb keje smp ke mlm huhu

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama