MENDEWASAKAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. BANYAK yang kita tempuhi. Ketika bersedia atau ketika tidak bersedia. Boleh jangka atau luar jangka. Seusianya kita tentu sahaja telah pelbagai dugaan atau ujian kita hadapi satu persatu. Berat atau ringan. Mudah atau sukar. Tempuh dan terima.
Mendewasakan. Macam perjalanan ada perhentian. Sepanjang perjalanan ada liku-likunya. Begitulah hidup yang sementara di dunia ini. Namun itulah yang membantu MENDEWASAKAN kita semua. Belajar. Jadikan tauladan dan sempadan. Ingat dan pegang erat.
Terkadang dewasanya seseorang tidak daripada usianya tetapi pengalaman hidupnya. Pengalaman sendiri. Pengalaman orang. Masalah sendiri. Masalah orang. Dikutip satu persatu dijadikan guru. Tidak mudah. Tapi ada juga individu menjadi lebih dewasa seiring usia dan pengalamannya.
Kesempitan hidup dan perjuangan hidup yang panjang melatih kita cepat matang. Segera dewasa tanpa sedar. Mungkin kita sendiri tak perasan akan hal ini tetapi orang lain boleh merasainya. Kata-kata. Tindakkan. Perilaku. Segenap aspek.
Kekuatan dalaman. Semangat. Keinginan. Semua menyumbang menuju arah MENDEWASAKAN dengan mudah dan sangat-sangat lancar. Berbanding jika tidak mahu ambil sesuatu daripada apa yang telah berlaku. Semuanya bakal menjadi terbiar dan sia-sia.
PC sangat amat percaya, pada setiap ujian atau dugaan yang Allah berikan kepada kita sudah ada tahap dan sukatannya, selaras dan sangat seseuai dengan kemampuan kita untuk menerima. Melaluinya terdapat banyak asbab yang mendewasakan kita.
Tinta Perdu Cinta ❤
Mendewasakan
Tags:
Santai
Setuju...pengalaman samada pahit atau manis sangat- sanagt mendewasakan seseorang
BalasPadamDEWASA MEMATANGKAN FIKIRAN SEPATUTNYA
BalasPadam