PERUBAHAN AKHLAK DAN PENAMPILAN YANG MANA DAHULU

PERUBAHAN AKHLAK DAN PENAMPILAN YANG MANA DAHULU | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Paras rupanya atau akhlaknya. Letakkanlah yang pertama akhlaknya kerana di situ ada agama yang InshaAllah dia jaga. Mencari paras rupanya tak salah sama sekali. Kalau dapat dua-duanya itu sangat-sangat nikmat. Tapi kalau suruh pilih, cukup paras rupanya sederhana tapi akhlaknya luar biasa. Tidak semua faham akan hal in, tapi percayalah dengan kekuatan akhlak yang baik pada diri seseorang.

Ada yang hanyut dengan paras rupa. Ada yang tewas dengan paras rupa. Ada yang meninggalkan dan ditinggalkan kerana paras rupa. Suatu masa seiring usia, hujan ribut,  susah senang,  sihat sakit,  saling membuatkan dan bertahan satu sama lain kerana akhlak.  Cantiknya paras rupa akhlak.  Tidak semua yang cantik tidak berakhlak. Tidak semua yang indah paras rupa jahat. PC tidak maksudkan begitu. Ramai je cantik luaran cantik dalaman. Tak kurang juga cantiknya dalaman mengalahkan sesederhananya luaran. 

PERUBAHAN AKHLAK DAN PENAMPILAN YANG MANA DAHULU

Perubahan akhlak dan penampilan yang mana dahulu. Bergantung pada hidayah yang dicari dan diterima juga. Ada orang mula dengar perubahan pada penampilan. Walau dasar awalnya cuma ikut-ikut dan sekadar mencuba. Eh, lama kelamaan tertarik dan selesa. Ada yang bermula daripada perbaiki dan ubah akhlak terlebih dahulu sedikit demi sedikit perubahan pada penampilan kelihatan.  Bagi PC, kalau semua perubahan baik bermula daripada dalaman,  hati InshaAllah ianya semakin lama semakin baik dan bertahan lebih lama. 

Pokok yang besar, lebat berbuah, hijau dan lebar daunnya kalau akarnya rapuh mudah tumbang. Biarpun rantingnya sudah kering dan patah, selagi akarnya kukuh mencengkam bumi tidak mustahil mampu bertahan walau ditiup angin yang sangat kencang. 

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
 Perubahan Akhlak Dan Penampilan Yang Mana Dahulu

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama