TERIMA SEADANYA BUKAN BERMAKNA TIDAK BOLEH BERUBAH

TERIMA SEADANYA BUKAN BERMAKNA TIDAK BOLEH BERUBAH | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Syukur sangat-sangat kita dapat lagi menempuh hari Jumaat yang sangat indah dan penuh keberkatan ini. Selawat untuk mu ya Rasulullah. Kekasih Allah. Allahu. Allah selalu dan sentiasa terima hamba-hambaNYA. Terima taubat kita, terima apa sahaja perangai kita selagi mana kita tidak mensyirikanNYA. Tidak menduakanNYA.

Kalau Allah sentiasa teri usaha kita untuk berubah menjadi lebih baik, maka lakukanlah. Sama juga dengan sesama insan. Sesama makhluk pun. Hidup ni satu perjalanan. Perjalanan yang menempuh proses yang banyak dan panjang selagi mana hidup. Taat dengan suruhan dan laranganNYA. Toleransi sesama kita. Tak kisahlah toleransi dengan pasangan, masyarakat dan dengan diri sendiri juga sangat perlu.

Hidup ini saling memerlukan dan sentiasa bergantung satu dengan yang lain dalam banyak dan sebahagian besar urusan kehidupan. Terima seadanya itu sangat-sangat perlu tetapi bukan bermakna tidak boleh berubah dan tidak bermakna mesti berubah juga.

Adakala kita perlu berubah untuk menjadi manusia lebih baik. Ada masanya kita tidak perlu berubah pun untuk menambat hati orang lain kalau memang apa yang sudah kita lakukan itu berada pada lunas atau landasan yang betul. Kalau memang salah, atau kurang betul perilaku mahupun tindakkan, maka berubahlah. Tapi kalau memang dah ok, semata-mata nak ambil hati atau apa pun itu adalah satu tindakkan yang sangat tidak wajar untuk berubah. Dah elok tak perlulah nak berubah jadi tidak elok. Rugi. 

Stigma terimalah seadanya sangat melekat dalam pemikiran dan cara orang kita tak kisahlah bangsa atau kepercayaan apa pun. Betullah tu memang kena terima seadanya. Memang tak salah. PC pun setuju. Cuma takkanlah terima seadanya sampai tak boleh ditegur, tak boleh dinasihati, tak perlu dan tak boleh berubah. Takkan la sampai ke tahap itu. Janganlah kena 'terima seadanya' dijadikan alasan untuk tidak mahu berubah. 

Tinta Perdu Cinta ❤
TERIMA SEADANYA BUKAN BERMAKNA TIDAK BOLEH BERUBAH


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Sentiasalah berusaha untu berubah ke arah yang lebih baik

    BalasPadam
  2. kalau orang tegur sifat buruk kita, sedaya-upayalah kita ubah. kalau bukan untuk dia pun, untuk diri sendiri

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama