BEREBUT BILIK AIR DAN TANDAS

BEREBUT BILIK AIR DAN TANDAS | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. KAN bagus kalau ada bilik air dengan tandas banyak. Hahaha, fikiran yang selalu muncul bila raya. Bila kumpul ramai-ramai. Haha. Padahal tak perlu. Nanti bila semua dah balik tinggal mak bapak berdua siapa pulak yang nak guna bilik air dengan tandas tu ha. Beranak pinak hantu dalam tu nanti berdangdut berdisko.

Memang jadi satu isu juga bila raya. Dalam adik beradik ada yang mandi ke, buang air ke tak sampai 20 minit pun.  Itu rezeki. Tapi bila ada yang mandi, buang air macam pergi salon, akan buat rasa macam berendam dalam kolah cili api. Haha. Geram je. Panas je rasa. Memang luculah sebab ada adegan jerit-jerit suruh cepat. Ketuk pintu bilik air. 

BEREBUT BILIK AIR DAN TANDAS

Raya-raya ni semua nak bersiap. Nak cepat. Masalah biasa yang dah jadi macam kemestian adalah tak ada air, air tak keluar dan lagi satu cirit birit. Cirit birit ni jangan buat main-main. Boleh lembik satu badan. Makan macam-macam, itu biasa. Yang tak biasa sampai muntah sekali pakej. 

Bebel lagi bila cirit ni. Waktu nak buang waktu tu la ada orang. Berebut lagi. Huhu. Jangan kita tuan rumah. Tetamu yang datang pun kadang berebut bilik air dan tandas. Nampak tak. Rasanya anak-anak je tak berebut. Dah mak bapak yang mandikan.. buat apa nak berebut lagi kan. Gitu.

Berebut bilik air nak mandi ke, nak ambil wudhu ke, nak buang air ke kadang macam lucu tapi kalau tak betul-betul boleh jadi tak ada mood. Yang lambat kena kutuk, kena bebel, kena ketawakan dan paling sedih orang lain jadi lambat dan tertunggu-tunggu disebabkan yang lambat. Faham tak. Kesian. Kalau nak bebel tu pergi bebel siapa yang dalam bilik air berjam lamanya. Tido ke apa.

Jangan sampai ada yang cuma basuh muka. Satu badan sembut minysk wangi. Sebatu baunya dah ke mana-mana. Bau minyak wangi sampai dulu. kalau siang tak apa. Kalau malam?.

Tinta Perdu Cinta ❤
BEREBUT BILIK AIR DAN TANDAS
  

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. hahaha ni zaman kecil2.... bila semua sedara mara balik beraya kat kampung.. konpom insiden ni berlaku punya! tp nasib baik jgk klu kt kampug dl2 ada perigi, so yg lelaki mmg mandi perigi aje la.. cuma part nak membuang tu masih guna jamban ali baba hhaha

    BalasPadam
  2. Pernah berlaku tapi kesan tak teruk. Zaman kacik kalau balik kampung, kalau tandas sesak, akan pergi masuk tandas rumah pak cik. Sebab dekat je.

    BalasPadam
  3. saling bertolak ansur n memahami tiada masalah tu

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama