BERSANGKA BAIK

BERSANGKA BAIK | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. MUDAH kalau mahu. Apa pun semua itu mudah kalau mahu. Termasuklah bersangka baik. Tapi yang menjadi cabarannya adalah bila orang yang kita nak bersangka baik tu dia sendiri buat orang bersangka buruk padanya. Cabaran sangat kan kalau macam tu. Salah siapa sebenarnya. Fikir-fikirkan.

Bersangka baik itu perlu lebih-lebih lagi kalau suatu itu kita tak tahu langsung atau tahu dan tidak tahu 50-50. Samar-samar macam tulah. Boleh bersangka baik. Tapi kalau jelas tak baik. Jelas tak ok. Jelas sangat-sangat itu salah, nak bersangka baik takut jadi menutupi atau bersubahat pula. Nampak tak. 

BERSANGKA BAIK

Bagi PC nak bersangka baik boleh dan bagus. Digalakkan supaya tak la menabung dosa hari-hari. Tapi kena tengok dan sesuaikan dengan hal yang terjadi juga. Ada perkara kalau jelas tak betul, cakap tak betul kemudian perbetulkan. Itu lebih baik. 

Lagi satu memang nak bersangka baik, tapi kalau dengan kita bersangka baik rupanya burukkan keadaan pun parah juga. Ada orang pilih bersangka baik memang begitu cara dia. Ada orang sebab malas nak serabutkan kepala takut terpalit masalah. Sebab itulah kena bertempat. Jangan langgar semacam. 

Kadang cuma mampu tengok. Maka doakan. Kadang tak tertengok pun, tu memang bersangka baiklah. Paling penting bersangka baik dengan Allah SWT. 

Tinta Perdu Cinta ❤
Bersangka baik 


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Terbaru Lebih lama