DULU DALAM TABUNG SEKARANG DALAM AKAUN BANK

DULU DALAM TABUNG SEKARANG DALAM AKAUN BANK | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. TABUNG ayam, manggis, limau bali, arnab dan  tin milo.  Haaa inilah tabung PC. Dulu.  Kumpul dah penuh baharulah pergi bank masuk dalam akaun. Rutin dah ni. Bahagia sangat-sangat. Alhamdulillah. 

Bila raya ni isu hangat sana sini kot bab duit raya.  Adoiiii. Anak buah ramai. Jadi cerita pasal duit raya pun banyak jugalah. Lebih tiga versi. Bila seorang-seorang datang cerita seronok dengar.  Tapi kadang ramai-ramai cerita, ni nanti berhujung air mata sebab mulalah drama keluar. 

Kalau dulu-dulu dapat duit tak kira duit raya ke, bukan duit raya ke, terus masuk tabung. Simpan dulu sampai penuh sendat tabung tu, haaaa baharulah masuk bank. Tapi sekarang ni ramai ibu bapa pilih untuk terus simpan dalam akaun bank setiap wang yang diperolehi anak-anak. Masuk tabung juga tapi sekejap je. 

Ada kebaikkan dan ada keuntungan bila segera disimpan dalam bank. Ada dividen. In sya Allah sedikit lebih selamat dan tak risaulah duit tu digunakan anak-anak. Hihihi. Selagi tak masuk bank, sehari entah berapa kali la dikiranya. Lagi bahaya kalau kira sama-sama. Ermmm ada yang duit terlebih.  Ada yang duit terkurang. Mana yang terlebih senyum bawa ke tido.  Mana yang terkurung menangis pun sampai ke tido. Bangun pagi ada yang ceria ada yang muka monyok. Halahhh halahhh halahhh. 

DULU DALAM TABUNG SEKARANG DALAM AKAUN BANK. Duit raya tetap duit raya.  Cuma jumlahnya kian berbeza.  Dulu dapat lima PULUH sen ucap terima kasih dengan tuan rumah lebih lima kali. Sampai dah kat tepi jalan pun jerit-jerit ucap terima kasih, punya bersyukurnya.  Sekarang bagi lima puluh sen mahu dia tanya kita balik, "50 sen je ke?"..siap jeling dengan cebik bibir lagi. Sabarlah wahai hati. 

Tinta Perdu Cinta ❤
DULU DALAM TABUNG SEKARANG DALAM AKAUN BANK


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Betullah, dan sekarang, orang bagi duit raya pun ada yg terus transfer dalam akaun bank, hihi.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama