HARI RAYA DAN KELETIHAN

HARI RAYA DAN KELETIHAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. BUKAN hari-hari lain tak letih. Letih juga, tapi entah kenapa biasanya hari raya rasa letihnya macam berganda-ganda. Lagi satu kalau boleh malam mesti nak tidur awal. Walaupun kadang keadaan tidak mengizinkan. Mata macam digantung batu bata. Berat.

HARI RAYA DAN KELETIHAN
GAMBAR HIASAN - KREDIT

Tenaga lebih digunakan. Waktu tidur kurang. Kerja lebih.  Mungkin ini jadi salah satu sebab keletihan. Lebih-lebih lagi kalau setiap tetamu datang kena sediakan menu berat untuk dihidangkan. Tak kuih raya semata-mata. Itu belum tetamu datang menginap. Wow. Ok je. Meriah. Meriah juga peluh menitik oi. 

Bila siang ligat. Jangan pelik malam macam-macamlah aroma minyak akan dihidu. Minyak wak dakam la. Minyak cap kapak la. Semua minyak angin keluar. Maklumlah lain keluarga lain pilihannya. Masa ni jugalah masing-masing berkoyok bagai. Siang tak rasa.  Masa nak tidur semua rasa sakit satu badan. Fuh sengal-sengal. Urat kejung macam dawai. 

Sepanjang raya ke. Kalau PC taklah sepanjang raya asyik keletihan. Biasa seminggu pertama jelah. Atau seminggu lebih macam tu. Lepas tu dah biasa je. Masa untuk rehat dan santai-santai je. Menikmati masa yang sedikit kurang padat gitulah.

Hari raya dan keletihan susah juga nak dipisahkan. Kalau mungkin kita tak keletihan. orang lain yang keletihan. Memang tak boleh pisahkan. Hehehe. Keletihan yang menggembirakan dan buat rasa puas hati waktu raya la. Tak gitu. 

Tinta Perdu Cinta ❤
HARI RAYA DAN KELETIHAN 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

Terbaru Lebih lama