RAMAI ORANG BANYAK IDEA

RAMAI ORANG BANYAK IDEA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. BETUL sangat. Bila ada ramai orang memang akan ada banyak idea. Cuma bezanya idea yang dibagi tu, logik atau mengarut. Buat lawak atau serius. Kena tapis juga.  Kadang daripada idea tu eh jadi marah pula orang yang dengar. Siap cakap lagi,  ''baik tak perlu bagi idea''.

Kepelbagaian. Beraneka.  Bukan cuma pada pakaian dan sebagainya sahaja. Idea dalam memberi pendapat pun perlu juga. Bila raya, dengan adik beradik. Pantang ada yang buka mulut minta idea. Ada je yang rajin bagi idea. Sungguh la. Idea kena tolak sampai sentap pun ada.  Hahahahahaha. Itulah risiko. Kena berlapang dada dan fikiran terbuka. Mahu tak mahu. Gitu. 

RAMAI ORANG BANYAK IDEA
GAMBAR HIASAN - KREDIT

Kehidupan kita sentiasa perlu berkembang. Persekitaran, supaya luas pemikiran. Tapi kena kecilkan nafsu. Kena sentiasa kawal kaki ke mana mahu melangkah. Penting. Maksudnya kena pandai-pandailah pilih. 

Ramai orang banyak idea. Namun begitu tidak semua mesti diterima. Pilih-pilih bukan ikut suka tapi kerana yang mana baik untuk semua. Hidup ini bukan cuma perlu jaga diri sendiri tapi kalau boleh janganlah untuk semua. Jangan kerana dia kita suka maka semua ideanya tidak ditolak oleh kita. Jangan juga kerana benci, eh semua ideanya kita tolak semata-mata. 

Kombinasi dua titik. Keinginan hati dan realistik akal. Timbullah banyak idea. Nah, walau mengarut jangan sampai mencarut. Keluar dari mulut tidak usah dipaksa-paksa agar orang lain menurut. Idea itu daripada Tuhan kita perantara sementara. Ingat. 

Tinta Perdu Cinta ❤
RAMAI ORANG BANYAK IDEA


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Sebab tu untuk dapat keputusan yang baik kena ada mesyuarat

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama