TAKUT NAK DATANG SEKEJAP DAH BALIK

TAKUT NAK DATANG SEKEJAP DAH BALIK | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. LUCU ada,  sedih pun ada.  Keadaan dah banyak berubah. Walau kadang ada manusia yang tidak cakna. Tak mahu ambil peduli pun walau perlu dan mesti peduli. Sebenarnya bukan cuma untuk orang lain tapi untuk diri sendiri juga.

Raya kan, semangat meronta-ronta dan berkobar-kobar nak ziarah tu tetap ada dan menggebu. Hehehe. Kadang tujuh hari lain bulan lain jumpa je, tapi bila raya ni aura dia lain macam sikit. Susah nak kawal. Lucunya takut nak datang, tu yang bila datang cepat-cepat nak balik. 

Takut nak datang sekejap dah balik. Sebelum datang telefon dulu. Sembang kencang. Hahaha. Sembang punya sembang, siap dah bermaafan lagi.. alih-alih cakap nak datang beraya. Kahkahkah. Alhamdulillah datang tapi tak ramai-ramai la. Tak minum pun eh sekejap dah balik. Lucu pun ada. Bermaafan di telefon macam kurang afdal gitu bila tak bersemuka.

TAKUT NAK DATANG SEKEJAP DAH BALIK
GAMBAR HIASAN - KREDIT

Rasa risau tetap ada. Risiko juga tetap ada. Tawakkal memang tawakkal tapi Allah SWT suruh kita usaha jugakan. Tak boleh juga nak berserah tanpa dan sebelum usaha. 

Norma baharu. Memang berat dan masih sukar dijadikan kebiasaan. Masih lagi ada yang kadang terlupa dan buat-buat lupa. PC percaya, sudah lengkap tiga suntikan ia bukan tiket emas untuk bebas ke mana-mana dan berlama-lamaan. 

Tinta Perdu Cinta ❤
TAKUT NAK DATANG SEKEJAP DAH BALIK

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat PC sekeluarga. Maaf zahir dan batin.

    BalasPadam
  2. salam aidilfitri pc n famili maaf zahir batin

    BalasPadam
  3. Kak Sue tahun nie beraya rumah adik beradik Kak Sue aja, sempat lah ke rumah sedara sebelah arwah Mak. Tapi biasanya lama lah kalau beraya.. lama tak jumpa kan.. hehehe..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama