UNTUK DINIKMATI SEMUA
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Assalammualaikum wbt
Untuk dinikmati semua
Ya untuk semua
Syawal ini sebenarnya untuk semua
Satu negara
Sama-sama menikmatinya
Sama-sama meraikannya
Kita sama-sama
Tua
Muda
Berkecukupan
Kaya
Di mana sahaja sedang berada detik ini
Umat Islam menyambutnya
Setelah sebulan berpuasa
Syukuri dengan rendah hati
Hari ini masih lagi dipinjamkan
Syawal ini masih lagi kita di sini
Sama-sama melangkah menunaikan sunat
Awal pagi
Fajar Syawal
Sepasang mata masih mampu menikmati
Terang sinarnya
Jelas
Indah tersangat indah
Umat
Semua ini untuk dinikmati
Nikmat yang seketika
Nikmat yang sangat sementara
Semailah kenangan-kenangan paling manis dan indah
Untuk diingat sewaktu hidup
Untuk dikenang sesuadah kematian
Tinta Perdu Cinta ❤
Untuk dinikmati semua
Tags:
Santai
salam aidilfitri maaf zahir batin
BalasPadamAmbil peluang bermaafan dan tambahkan rasa bersyukur di hari raya
BalasPadamSalam aidilfitri maaf zahir batin pc
BalasPadam