USAHAKAN BIAR SAMA DAN SAMA-SAMA

USAHAKAN BIAR SAMA DAN SAMA-SAMA |  Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. SAMA yang PC maksudkan bukan secara keseluruhan tau. Ya, Ada yang sama tapi tidak semua. Tak tahu kenapa PC suka usahakan keluarga PC dengan mertua biar sama dan sama-sama. 

Kalau belikan apa-apa sama. Ada untuk mak abah, ada untuk mama babah. Maksudnya sama-sama dibelikan. Contoh kalau belikan pakaian beza warna, saiz tu memang berbezalah. Kalau beli makanan pun sama. Kalau selera sama beli sekaligus. Kalau tidak,  beli sama waktu tapi ikut selera dan keinginan masing-masing. 

Usahakan biar sama dan sama-sama. Tapi bergantung jugalah dengan rezeki kita.  Kalau ada rezeki berilah sepaling mampu dan terbaik. Sementara masih ada boleh beri sesuatu yang boleh dinikmati. Nanti bila dah tak ada kita terus tetap memberi dengan cara berbeza pula. 

USAHAKAN BIAR SAMA DAN SAMA-SAMA
SAYANG SEMUA KERANA ALLAH 

Tak ada istilah "kau ada bolehlah cakap".. Sebenarnya tak juga. Rezeki tu daripada-NYA. Kita kna cuma usaha je. Lagi satu niat. Kadang rasa macam susah, rasa mustahil tapi niat baik ada je jalan dan diberi kemudahan juga. In sya Allah. 

Ibu bapa.  Adik beradik. Sama dan bersama-sama bina ukhuwah. Berkasih sayang. Walau adik beradik tetap mesti pupuk rasa hormat dan menghargai. Dengan ibu bapa apatah lagi. Lagi-lagi kesempatan Syawal ni.. 

Tinta Perdu Cinta ❤
USAHAKAN BIAR SAMA DAN SAMA-SAMA

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

Kata-kata kalian itu INSPIRASI..TERIMA KASIH..

  1. Alhamdulillah, terasa adil dan saksama, tiada berat sebelah.

    BalasPadam
  2. memang sentiasa usahakan untuk raikan kedua-duanya sama-sama..mamak bapak, ayah dan arwah mak mertua..sekarang arwah mak da takde..jadi blur juga nak raikan ayah...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama