KENAPA SEMAKIN DITEGAH SEMAKIN DIBUAT

KENAPA SEMAKIN DITEGAH SEMAKIN DIBUAT | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. "KAU ni semakin ditegah semakin kau buat". Tak kiralah mak bapak marah dengan anak ke.  Sesama kawan-kawan ke. Adik beradik ke.  Kalau dah geram sangat tak ikut nasihat. Tak dengar cakap asyik ulang buat benda sama, gitulah dialognya. Hahaha.

Kenapa semakin ditegah semakin dibuat. Betul-betul menaikkan darah. Geram kecik beso je tengok.  Telinga tu macam tak ada je. Haaaa gitulah. Sebenarnya tak semua macam tu, tapi memang ada segelintirnya bersikap macam tu. 

Kenapa ya.

RASA INGIN TAHU. Macam anak kecil. Semakin kita tegah, eh semakin itulah dibuatnya. Semakin menjadi-jadi. Macam itu jugalah dengan anak remaja, orang dewasa dan orang tua pun. Walau usia tu tak sepatutnya macam tu. Rasa ingin tahu. 

RASA EGO. Tidak mahu dinasihati. Tidak suka ditegur. Rasa rugi atau rasa macam mana agaknya sampai bila dicakapkan tak bakal ikut. Walhal tak rugi pun. Kalau benda baik, orang sudi nasihat, dengar dulu. Ikut. Janganlah dibuang terus. Tak jatuh pun martabat dan air muka tu ha. Lagi orang hormat ada. Ermmmm. 

DAYA TARIKAN. Bila ada daya tarikan susah nak ditolak. Sebab itulah semakin ditegah semakin buat. Lagi-lagi kalau sudah ditahap ketagihan atau fanatik sangat-sangat. Fuh ni lagi parah. Keterlaluan itu pun kurang bagus juga.  Paling baik sederhana sahaja kerana itu yang agama ajarkan. Tidak berlebihan. Tidak terlalu kurang. Tengah-tengahnya adalah sederhana. 

KENA DENGAN JIWA. Meresap. Tidak pun menjiwai. Bila dah 'klik' itu yang memang sampai pecah bibir kita bagi nasihat pun macam curah air dalam tempayan bocor. Hihihi. Tegah la sampai urat leher timbul. Macam tu la juga. 

Sebenarnya orang lain ni cuma boleh sokong je. Apa-apa pun berbalik jugalah pada diri sendiri. Diri sendiri tu nak atau tidak berubah. 

Tinta Perdu Cinta ❤
KENAPA SEMAKIN DITEGAH SEMAKIN DIBUAT



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama