LANGIT BIRU BERTUKAR HITAM GELAP

LANGIT BIRU BERTUKAR HITAM GELAP

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih 
Assalammualaikum wbt

Luas
Langit itu
Bumbung alam
Dan; 
Kita semua 
Di bawah langit Ilahi

Biru mendamaikan
Putih bersih
Awan menghiasi
Di langit
Tempat bulan dan bintang
Menghiasi langit
Membiaskan cahayanya 
Ke bumi
Sehingga bayang-bayang menjelma

Damai mata memandang 
Seluas langit yang biru
Fikiran lapang
Jiwa tenang

Namun
Tidak akan sentiasa setia
Begitu putih dan biru
Bertukar hitam dan gelap
Sarat menanggung
Berat menampung 
Pecah bak empangan
Menjadi rintik-rintik hujan

Dikala kedua-duanya 
Cerah dan gelap
Bertemu
Bersilih ganti
Pelangi hadir
Menghiasi
Untuk semua

Dan; 
Begitu lika liku kehidupan
Tidak selalu mudah
Tidah pula sentiasa sukar
Tentu sahaja ada garis waktu tertentu

Tinta Perdu Cinta ❤
LANGIT BIRU BERTUKAR HITAM GELAP


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama