BACAAN TALKIN UNTUK YANG HIDUP

BACAAN TALKIN UNTUK YANG HIDUP | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. MUNGKIN BUKAN SEKALI dua tetapi telah berkali-kali kita mendengar bacaan TALKIN. Secara langsung atau siaran langsung ditelevisyen. Dulu PC beranggapan bahawa bacaan talkin adalah salah satu bentuk bantuan terakhir untuk bantu si mati. Rupa-rupanya tidak. 

Tidak untuk si mati,  tapi untuk yang masih hidup yang sedang berkumpul disekitar tanah perkuburan ketika itu.  Ketika mengiringi dan menghantar si mati ke tempat istirehat yang menjadi permulaan kehidupan yang baharu. Lain segenapnya.  Berbeza semuanya. Terputus apa sahaja kecuali pahala amalan sedekahnya, ilmu bermanfaat yang disebarkan dan anak soleh solehah yang ada ditinggalkan.

Pernah juga PC bertanya minta penjelasan daripada yang lebih ahli dalam bab agama. Lebih mendasari.  Untuk PC rasa lebih jelas dan puas hati.  Benarkah bacaan TALKIN itu sebenarnya untuk kita yang masih hidup. Ya. Bagi si mati, mampu atau tidak dan boleh atau tidak boleh dia menjawab soalan malaikat berdasarkan apa dan bagaimana amalan ketika hidupnya di dunia. Baik amalannya mudah urusannya. Andai sebaliknya maka begitulah nantinya. 

Sebab tu,  jangan pandang sepi dengan sekecil dan sedikit amal kebaikkan diri sendiri mampu dan mahu lakukan atau orang lain boleh buat kerana tetap ada ganjarannya daripada Allah SWT untuk kita. Kalau benda baik tu kecil dan ringan je, tapi selalu dibuat tetap juga akan bertambah pahala yang kita dapat nanti. In sya Allah. Paling penting ikhlas. Buat kerana Allah SWT. Jangan riak. Jangan ujub. 

Oleh itu, pada setiap apa yang didengari harapnya dapat terus dipasak dalam fikiran dan hati. Apatah lagi melibatkan hal pasti seperti mati. 

Tinta Perdu Cinta ❤ 
BACAAN TALKIN UNTUK YANG HIDUP

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Betul... talkin tu sebenarnya untuk kita...

    BalasPadam
  2. bila dengar talkin kita yg hidup ni seolah tersedar
    Allah kebesaran kuasaNya

    BalasPadam
  3. gerun dengar, ambillah iktibar dari kematian di hadapan kita.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama