BELAJAR MENJADI LEBIH BAIK

BELAJAR MENJADI LEBIH BAIK | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. SEMUA yang dilahirkan ke dunia ini baik. Sungguh. Bersih. Putih. Macam kain putih tu. Bersihkan?. Putih sangat-sangatkan?.  Kalau anak-anak, nanti ibu bapanya yang akan mencorakkan anak-anaknya. Bila meningkat usia bertambah juga ilmu, pengalaman dan semakin luas pergaulan. Jauh kaki melangkah. Luas pemandangan. 

BELAJAR MENJADI LEBIH BAIK
kredit

Setiap fasa yang kita lalui sudah tentu akan ada yang kita ambil dan simpan. Baik itu ilmu ke, pengalaman diri sendiri ke atau pengalaman orang di sekeliling kita. PC selalu percaya hidup ini ada prosesnya. Bermula daripada persenyawaan dirahim ibu lagi sampailah nanti tibanya ajal semua ada prosesnya. Ada jalan ceritanya tersendiri. Setiap orang ceritanya berbeza. 

Berbeza itu kadang berhujung indah. Jangan dinilai pada awalannya sahaja setiap kali menilai ya. Bukan tak boleh, cuma takut menzalimi. Segalanya mungkin terjadi. BELAJAR MENJADI LEBIH BAIK. Kisah silam. Peristiwa hitam. Perkara pahit.  Menjadi salah satu perisa dalam hidup. Dirasai Kebanyakkan daripada kita. 

Sebelum terlewat. Selagi bernafas. Allah SWT masih izinkan kita menikmati banyaknya nikmat, dalam masa sama tetap terus belajar menjadi lebih baik. Bukan untuk orang lain tapi untuk diri sendiri dulu kemudian baharulah sebarkan untuk orang lain pula. Bantu diri sendiri dan orang lain. Mudahkan diri sendiri dan orang lain juga. 

PC percaya, tidak akan rugi kalau kita sentiasa BELAJAR MENJADI LEBIH BAIK hari demi hari. Tingkatkan kualiti taqwa, ibadah, fardhu ain, fardhu kifayah. Tak apalah Kalau ada yang ketawakan kita dek faktor umur dan sebagainya. Di dunia ini cari jalan banyak-banyak macam mana nak senang lenang di alam kubur sampailah di mahsyar nanti. 

Tinta Perdu Cinta ❤
BELAJAR MENJADI LEBIH BAIK



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. berusaha menjadi baik memadai walau xterbaik kan

    BalasPadam
  2. InsyaAllah
    belajar jd baik walau dugaan cabaran nk berubah ke arah lebih baik ni sentiasa dtg.
    Sentiasa doa mohon Allah gerakkan hati dan jgn bolak balik kan niat.

    tqq PC pesanan yg sgt bermakna buat ciknur.
    syukur

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama