BERLAKU SEBALIKNYA

BERLAKU SEBALIKNYA | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. MANUSIA merancang tapi telah terlebih dahulu Allah SWT siapkan perancangan terbaik untuk kita hamba-NYA. Cuma kadang-kadang kita yang tak perasan. Bila dah berlaku. Bila dah terjadi baharulah sedar dan perasan satu persatu. Owh gini. Owh macam tu.  Owh itu dan owh ini. 

Perancangan kita Allah SWT izin, maka terjadilah ia. Kalau sebaliknya tentu sahaja ada yang lebih baik menanti untuk Allah SWT izin terjadi nanti. Salah satu yang PC sedar sangat-sangat adalah dalam setiap perancangan PC, tersangat banyak kurang dan kelemahannya. Mungkin ianya menjadikan perancangan PC Allah SWT tunda. sehinggalah yang lebih baik nanti muncul. 

Kecewa. Sedih. Marah. Bermacam lagi rasa. Itu lumrah pada awal suatu perancangan tidak menjadi dan tidak terjadi. Hampa. Siapapun kecuali bagi orang yang hatinya betul-betul kuat dan imannya teguh tidak akan meragui kekuasaanNya. Dan PC masih belum sampai ke tahap itu kerana terkadang PC tetap masih menangis dengan rasa terkilan akan suatu yang tidak terjadi seperti mana direncanakan. Allahu. Berdosanya diriku. 

Berlaku sebaliknya boleh sahaja terjadi kepada sesiapa pun itu. Diketika Allah SWT berkehendak, tidak ada satu pun yang mampu menghalang apatah lagi melambatkan atau mempercepatkan. Semuanya telah ada zon dan garis waktunya tersendiri cuma kita hamba-NYA dan makhluk yang lain tidak berupaya untuk mereka dengan tepat. 

Mahunya manusia tidak terbatas. Kemampuan kita ada had. Tapi percayalah, dalam banyak-banyak yang 'terjadi sebaliknya' itu, telah banyak sangat-sangat dan tidak terhitung juga, apa hajat kita berlaku sebagaimana dihajatkan. Siapa yang rajin bersyukur maka lebih nikmat dia dapat. In sya Allah. Aamiin. 

Tinta Perdu Cinta ❤
BERLAKU SEBALIKNYA

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Betul... semuanya dengan keizinan ilahi...

    BalasPadam
  2. kita cuma boleh merancang tapi Allah yang menentukan segalanya

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama