DI RUMAH SENDIRI

DI RUMAH SENDIRI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum semua. SEDAR DIRI dan ingat selalu.  Di mana ketika berkunjung.  Semasa berziarah. Di rumah sendiri atau di rumah orang. Rumah orang ini termasuk rumah adik beradik, saudara mara, kawan-kawan. Jika sesekali balik kampung,  tak kiralah balik rumah ibu bapa sendiri atau mertua,  tetap sahaja jangan mudah anggap macam rumah sendiri. Tuan rumahnya ada.  Maka hargai dan hormatilah. Cuma mungkin bila di rumah ibu bapa sendiri lebih sedikit bebas untuk buat hal tertentu kerana itu rumah daripada zaman kita kecil lagi. 

Di rumah sendiri. Lebih bebas nak buat apa pun. Bersepah ke.  Kemas rapi ke.  Nak ubah itu ini ke. Rumah sendiri kan.. kan.. Tentu sahaja jauh beza dengan rumahtangga orang lain. Justeru itu jangan sembarangan di rumah orang lain. Lain nakhoda, lain bahtera maka lain peraturannya. Kalau ambil kira soal selesa pun sudah tentu kita akan lebih selesa dimiliki rumah sendirikan.  Tak gitu. 

Kena sedar. Di rumah orang dengan di rumah sendiri. Ada banyak perbezaannya. Tindakkan. Tingkahlaku. Adab. Tertibnya. Jangan ikut suka bila di rumah orang. Takkan semua rumah orang nak diubah jadi rumah kita.  Agak keterlaluan tu. 

Jagalah batas dan adab. Bukan cuma yang dewasa malahan yang dewasa kena ingatkan kepada anak-anak kecilnya. Didik. Ingatkan. Nasihati betul-betul. Sebelum orang berbunyi. Bersuara. Lebih baik bersuara dulu. Bab ni bukan cuma di rumah orang, di rumah sendiri pun kena sama. 

Sekali lagi,  cara atau gaya di rumah sendiri jangan di bawa ke rumah orang. Kesian tuan rumah. Hormatilah. Kan tuan rumah tu big boss di rumah dia sendiri, apasal pulak awak datang nak melebih-lebih..  Ibaratnya begitulah. Lagi-lagi bila bercakap, Jangan asal boleh buka di rumah orang. Di rumah sendiri lantaklah situ..  Tak marah..  Cakap je.. Nak marah..  Tapi kena sabar.  Hihihi. 

Tinta Perdu Cinta 
DI RUMAH SENDIRI



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. rumah sendiri paling selesa!

    BalasPadam
  2. Setuju 100% , rumah adikberadik sendiri.pun x blh memandai mandai
    lain bahtera lain la.yg mengemudi

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama