BAIK HATI

BAIK HATI

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih 
Assalammualaikum semua

Rehat seketika lelah mendaki
Dekati alam mengenal PENCIPTA
Bijak dan rupawan itu rezeki
Baik hati paling utama

Lompat ikut jumlah petak
Tengteng mainan kanak-kanak
Akan tersisih buruknya akhlak
Tidak terhina hati yang baik


Tersusun kemas sampan dijeti
Sampai waktu bergerak semua
Tersanjung disanjung kerana hati
Baik hati dambaan semua

Singgah sebentar di Kota Melaka
Tujuan mencari kuih keria
Serahkan semua kepada DIA
Buruk baik atas perhitunganNya

Keras sungguh kerak nasi
Rendam air lembutlah nanti
Biarpun banyak parut dihati
Teruskan  kejar redha Ilahi

NOTA PC : Bila ambil keputusan untuk menjadi insan yang baik hati, ujian pasti ada. Jangan mudah rebah.
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama