CIPTA BAHAGIA

CIPTA BAHAGIA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum semua. BAHAGIA KITA BOLEH USAHAKAN. Bahagia itu dirasai. Dihati. Difikiran. Boleh direncanakan, boleh dicipta dan boleh jadi juga secara tidak sengaja. Bila Allah nak beri rasa bahagia pada kita ada banyak cara juga ya sebenarnya. Takdir Allah dan usaha kita bergabung.

Sesekali perlu juga keluar rumah, berjalan-jalan. Bersiar-siar hirup udara luar. Walaupun sebenarnya masih ada rasa takut-takut juga. PC selalu infatkan diri sendiri.. dah vaksin, dah booster bukan tiket besar nak bersantai sakan. Selalu ingatkan encik suami dan babah juga.

Cipta bahagia. Jagan anggap harta tidak berguna untuk bahagia kerana ada harta boleh sedekah sini sana. Boleh belanja bahagiakan sesiapa yang memerlukan juga. Itu pun salah stu cara cipta bahagia. Jadi salah bila ada harta salah guna. Itu jadi dosa.

Beli keledek goreng. Makan panas-panas dalam kereta sambil sembang santai. Itu yang selalu kami buat. Tengoklah apa yang ada, kadang pisang goreng. Keropok lekor. Hargai ruang waktu yang Allah swt pinjamkan. Esok kita tak tahu apa akan jadi. 

Kualiti cipta bahagia penting. Perlu dijaga juga. Kalau tak keluar rumah, tak ke mana-mana, tengok tv sama-sama pun tak ada masalah. Suami isteri ke... ibu bapa dengan anak-anak ke.. boleh je. Yang penting cipta bahagia. Hidupkan suasana. Semarakkan rasa cinta, sayang dan menghargai satu sama lain. Jangan sia-siakan kesempatan yang ada.

NOTA PC  : Selalu masak pun kadang ok kadang termasin. Begitu juga rumahtangga atau hubungan ya.
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Betul tu. Bahagia itu pilihan. Boleh pilih untuk bahagia atau sebaliknya dengan kita sendiri yg create bahagia tu.

    BalasPadam
  2. Asalkan kita bahagia dan tak ganggu bahagia orang lain kan :)

    BalasPadam
  3. Yup, kita perlu mencari bahagia =)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama