ENTAH SEMPAT KE TIDAK

ENTAH SEMPAT KE TIDAK | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum semua.  Hihi. SELAGI HIDUP selagi itu banyak yang difikirkan.  Akan sentiasa ada sahaja yang bermain difikiran. Kadang apa yang difikir boleh terbawa-bawa dalam mimpi. Boleh jadi sampai ngigau.  Tak ke serius tu. 

Berfikir.  Terfikir. Itu biasa.  Manusia ada keinginan. Ada keperluan. Ada itu semua. PC pun sama. Ada juga. Mestilah ada. Kadang terfikir dan fikir. Kadang tak terfikir pun. Biasalah kita manusia. PC manusia biasa. Ada yang difikirkan biasa-biasa. Ada yang difikirkan sekali lalu sahaja. Tidak ambil serius. Tapi bila nak dan kena serius boleh sampai tahap muntah-muntah. Migraine parah.

ENTAH SEMPAT KE TIDAK. Biasa dengar. Lebih-lebih lagi bila sembang dengan orang tua. Bila PC pun dah tua sekarang ni, PC pun selalu cakap macam tu. Selalu terfikir, ''ENTAH SEMPAT KE TIDAK aku ni..''. Segenap hal. Segenap urusan. Semualah. Ada banyak yang bersarang difikiran. Sampai kadang rasa apalah. Tak patut ada rasa yang bukan-bukan. Lumrah manusia.

ENTAH SEMPAT KE TIDAK
Gambar Hiasan
Semua pasti akan ditinggalkan

Hidup dan mati. Kematian itu menamatkan segalanya yang kita lakukan di dunia ni. Kecuali anak soleh solehah, ilmu bermanfaat dan sedekah yang ada dan kita lakukan. Tapi yang ini bukan itu maksud PC. Maksud PC tentang impian atau segala hajat. Dulu bila atok nenek yang meninggalkan dunia ni.. PC rasa terpukul. Mungkin sebab PC cucu sulong perempuan belah babah dan belah mama. 

Rasa yang lebih berat bila mama pula yang kembali ke alam abadi. Sungguh!. Jujur, masih banyak sangat perkara yang belum PC buat dengan mama. Sekarang PC selalu berdoa semoga Allah permudahkan dan beri banyak kesempatan untuk PC dan babah pulak. ENTAH SEMPAT KE TIDAK.. semoga ada lagi kesempatan. SEMOGA!. AAMIIN. 

NOTA PC  : Baki umur.. moga tidak sia-sia.
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. memangg selalu fikir mcm tu kan, dgn ank2 pyn ckp emm sempt ke mama walau byk lg impian tp angan angan nk itu ini je lah. Nk sedapkan hati ingat Allah yg tentukan. Insyaallah
    nak lg usia mcm ciknur .

    BalasPadam
  2. InsyaAllah semoga ada kesempatan untuk sentiasa melakukan yang terbaik :)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama