HAOS EK PUNYA PENANGAN

HAOS EK PUNYA PENANGAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum semua. KAMPUNG PC ditengah-tengah antara dua pekan. Dua-dua kira dekat jugalah. Dekat-dekat pun kalau jalan kaki tak digalakkan. Hihi. Gurau ya. Salah satu pekan ni ada satu mini market yang boleh dikatakan tak mini juga. Hampir semua barang ada dijual. 

Bila sebahagian besar barang keperluan ada memang sangat memudahkan penduduk disekitarnya. Tak penting sangat, maka tak perlu la kami ke bandar Batu Pahat. Bila dah ke bandar tu faham-faham jelah. Semua macam ada magnet. Menarik-narik  Memanggil-manggil gitu. Cooobaann. Baca la tiga kul ke, ayat kursi ke.. mantul semuanya. Alasan sangat.


Sebelum-sebelum ni tak ada.. atau mungkin habis kot. Tak pasti. Tapi balik kampung masa mama meninggal tu.. haaa.. baru bertemu dengan HAOS EK ni. Encik suami yang mula-mula jumpa dan terus beli. Bila sekali beli. Kena dengan tekak, apa lagi.. nak beli lagi la jawabnya. Babah kata pun sedap. Cuma kena campur ais bila nak minum. Kami buat macam tu. Orang lain mungkin minum terus tanpa campur atau tambah ais.

Encik suami kalah dengan seorang nenek. Gini, balik raya haji tempoh hari, encik suami nak minum sangat-sangat HAOS EK ni.. masalahnya tak ada lagi stokis ke.. dealer ke.. di negeri lain. Yang tahu pun kat kawasan kami je. Ok, encik suami pun pegilah mini market.  Bersemangat ni. PC tunggu dalam kereta. 

Eh... eh.. selalu lama sebab baris panjang nak bayar, kali ni cepat tapi tangan kosong.. ahh sudah. Muka kecewa tak boleh bawa tawar menawar. Mana taknya, dari Perak lagi asyik ucap je, nanti balik kampung nak beli HAOS EK lebih la.. sekali depan encik suami ada seorang nenek dia borong semua baki air HAOS EK tu dengan muka yang paling bahagia dan berseri-seri sambil tolak troli.. kata encik suami. Hihihi. Redha jelah. Tapi bersyukurnya, seminggu kemudian ada stok baharu. Haaaa. Baharulah muka ada senyum.

NOTA PC : Rezeki tu memang ada untuk kita. Percayalah. 
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. I think PC Village is Computer store in Kattankudy, Sri Lanka, But in this blog you put some soft drinks images i don't understand the proper purpose of this post. But this blogpost inspire me for my social media dissertation topics, and after read the awesome blog my thoughts are completely change now.

    BalasPadam
  2. mesti pekat piau kan,akak selalu kalau beli jenis yg dalam botol gini masuk dalam juga boh ais atau tambah air sebab selalunya pekat

    BalasPadam
  3. Kat Kolumpo takde ke? Tak pernah nampak

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama