KETAM YANG PALING JARANG DIMASAK

KETAM YANG PALING JARANG DIMASAK | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum semua. MEMANG daripada kecil PC suka seafood. Betullah, anak akan ikut ibu bapanya. Mama suka seafood, babah pun suka seafood. Lagi satu faktor yang paling jelas adalah rumah kami dekat dengan jeti nelayan. Dekat dengan laut. 


Bila dekat dengan laut dan jeti tempat nelayan kumpul dan jual hasil maka mudahlah nak beli ikan, seafood termasuklah belangkas. Dulu masa kecil, mama selalu beli terus daripada nelayan. Segar dan murah. Sampailah sekarang, cuma bezanya harga sahaja. Dulu mama babah beli dengan ayahnya, sekarang turun ke anaknya pula jadi nelayan dan peniaga. Gitulah hidup kita.

Udang, sotong dan ketam. Rasanya KETAMlah YANG PALING JARANG DIMASAK. Kadang nak beli harga kayangan sangat. Bila ada rezeki, eh tak ada pula ketamnya. Gitulah. Berbanding udang dan sotong agak lebih mudah didapati. Biasanya nasib yang menimpa PC ni adalah, waktu tak terasa nak makan, waktu tulah banyak sana sini. Sotong la. Udang la. Ketam la. Nanti bila nak makan sangat, nak masak itu ini mencari macam nak tercabut tumit tak ada.


Ketam agak susah dimakan. Kena teliti dan sabar. Perlahan-lahan nak dapatkan isi dia yang lembut, halus dan manis tu. Kalau yang dewasa rasa tercabar nak makan ketam. Bayangkan anak kecil. Aduh terliur la pulak. Teringat ketam masak sambal tempoh hari. Alhamdulillah, kawan encik suami hari-hari cari ketam. Dia sendiri je. Buat tambah pendapatan. Usaha cari rezeki. Kami pun baharu tahu. Baharu diwarwarkan dalam group WhatsApp. Alhamdulillah, PC cakap dengan encik suami, lepas ni nak makan ketam beli je dengan kawan tu. 

Masak sambal dah, ada lagi nanti nak masak kari pula la. Ke sup atau lemak cili api. Cuma bila masak pedas ni ditambah ketam, mahu pijar jari jemari dengan bibir. Makan pun kena senyap, hati-hati.. risau tersedak. Fuh. Nak selamat, goreng kunyet jelah. Tak pun celup tepung. Haaaa. 

NOTA PC  : Bila dah berusia ni kena berjaga-jaga juga bab makan minum.
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Saya paling suka ketam kak, dulu boleh kata tiap minggu masak lg kt sabah harga murah, arwah mak mmg suka beli bila balik cuti, tapi sekarang jarang dah makan kena kontrol, terlebih seefood badan gatal2.

    BalasPadam
  2. Nak makan ketam, memerlukan kesabaran yang tinggi. Saya tak sabar. Huhu.

    BalasPadam
  3. sedapnya ketam. lama tak makan. saya suka masakan yang tak pedas. kalau tak manis ketam tu akan tenggelam

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama