MENANGIS BUKAN BERERTI LEMAH

MENANGIS BUKAN BERERTI LEMAH | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum semua. MENANGISLAH dengan alasan apa sekalipun. Tak kiralah alasannya kuat atau tidak.. kerana boleh jadi alasannya ringan pada orang tapi tersangat berat untuk kita. Maka menangislah.

Jangan nangis. Kuat.. kuat. Sedar tak selepas menangis kita akan jadi lebih kuat. Lebih tegar kerana setba sedikit sebahagian besar rasa yang terbelenggu dimuntahkan dengan cara mengalirkan air mata. Ya, menangis. Benarkah dengan tidak menangis itu bererti kita kuat?. Lemahkan orang yang menangis?.

MENANGIS BUKAN BERERTI LEMAH

Tak semua boleh diluah dengan kata-kata. Tak mudah juga diterjemah dengan tulisan atau catatan. Tapi mungkin mudah dan lebih ringan diluahkan dengan melepaskan tangisan. Maka menangislah. Walaupun dengan menangis tidak akan sepenuhnya merawat atau memulihkan namun ianya mengurangi beban perasaan dan fikiran.

MENANGIS BUKAN BERERTI LEMAH. Ya, ini yang PC percaya. Tak kisahlah lelaki ke.. perempuan ke. Masing-masing ada hak terjemahkan. Wajarlah. Kenapa mesti ditahan atau dielakkan. Tak perlu. Abaikan mulut orang lain yang kadang berlisan ikut semahunya. Dia juga menangis cuma mungkin tidak di hadapan kita dan khalayak.

Kalau pun mungkin ada yang beranggapan menangis itu tanda lemah.. memang benar kerana kita manusia hidup ada rasa. Jangan kata manusia, makhluk lain pun menangis cuma kita sahaja tidak memahami cara dan bahasa mereka. 

NOTA PC : Menangis melegakan.
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Adakala kita perlu menangis untuk meredakan apa yang terbuku dihati...dah nangis baru tenang kan...last SA menangis bulan 7, rasanya 2 bulan ni takde nangis lagi...kalau boleh tak nak nangis..tapi masalah SA ni plak...always overthinking

    BalasPadam
  2. kadang menangis buat kita lega , tak semestinya sebab lemah

    BalasPadam
  3. Bila umur semakin meningkat ni, sis perasan hati semakin sensitif..
    Bila tak larat pendam, maka airmata pun keluar berjujuran..baru tenang..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama