TIGA LELAKI DENGAN KISAH KEDAI GUNTING RAMBUT

TIGA LELAKI DENGAN KISAH KEDAI GUNTING RAMBUT | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum semua. Hihi. BERPENAMPILAN BERSIH DAN KEMAS itu penting. Baju tak sentiasa baharu tak apa kalau pada pendapat PC ya, tapi kena bersih dan kemas. 

Bersih itu mesti kerana ada sangkutan dengan ibadah jugakan. Kemas tu perlu supaya tak serabut orang tengok. Diri sendiri pun lebih selesa dan lebih yakin. Kenapa PC kata tak semestinya sentiasa baharu.. ingat.. tak semua orang mampu dan mahu selalu yang baharu. Ada masa-masanya jugalahkan. Tapi, memang ada, orang yang sepasang untuk sekali pakai sahaja. Terserah anda.. no more repeat. Gitu.


Kemas dan bersih ni keseluruhan. Dari hujung rambut sampai hujung jari kaki. Pakaian, luaran tubuh dan terlebih penting hati pun kenalah murni. Aamiin. Nah, sebut pasal daripada hujung rambut, PC suka ni. Ada orang suka bela rambut panjang. Ada yang tak suka. Ada yang suka berambut panjang tapi tak boleh sebab kerja dan hal lainnya. Pilihan masing-masing tu. Asal rajin syampu tau. 

Encik suami rambut dia tebal dan cepat panjang. Bila macam tu, tak boleh lambat potong sebab nanti jadi macam sarang tebuan dalam hutan kat pokok sagu. Haha. Dua minggu la biasanya dah kena pergi gunting rambut tu. Babah, bila rambut dia panjang, jadi macam kumpulan allycats tu ha.. hahahaha.. bukan main lagi. Kalau abah, memang rasanya hilang telinga bila rambut panjang. Tak tau kenapa mesti yang bahagia telinga tu boleh panjang dulu.

Ketiga-tiga lelaki ini pendiriannya sama. Akan cari kedai gunting yang kena dengan citarasa. Bila dah dapat haa dekat situlah gunting rambut sampai bila-bila selagi ada hayat. Sangup tunggu, sanggup patah balik, sanggup tangguh gunting rambut wooo kalau tukang gunting rambut tu ada urusan dan sebagainya. Parah..

 Betullah, tak semua boleh terganti dengan duit. Kadang kedainya dah senget tapi guntingan padu, orang sanggup berbaris dan tunggu.

NOTA PC  : Selesa dan murah, ada tapi dah kurang. Selesa dan mahal, ada banyak. Pilih jelah.
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. ha haa kan betullah lelaki mcm tu.
    ank bujang akak jga gitu.
    adoii la sanggup dia x pergi tmpt lain dah

    BalasPadam
  2. Kalau akak selesa nombor satu disusuli harga mampu bayar dan kualiti..
    Cukup pakej alhamdulillah -> rezeki..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama