NANTI TERIMA, JAWAB DAN TANGGUNG MASING-MASING

NANTI TERIMA,  JAWAB DAN TANGGUNG MASING-MASING | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. TERLUPA mati itu pasti.  Akhirat itu ada.  Syurga neraka merupakan sebenar-benarnya wujud menjadi ganjaran. Boleh jadi terlupa.  Boleh jadi buat-buat lupa.  Diri sendiri yang tahu dan sedar hakikat. Ya,  kita manusia. 

Ikut suka hati.  Rela.  Terpaksa.  Pun diri sendiri yang tahu.  Jangan lupa Allah SWT lebih-lebih lagi tahunya.  Ini pun kadang manusia ada yang lupa juga. 

Buatlah apa sahaja,  tak kisahlah dipihak atau sebelah mana.  Atas laluan atau landasan yang mana satu,  NANTI TERIMA,  JAWAB DAN TANGGUNG MASING-MASING. Di dunia dan di akhirat juga.  Macam tak ada apa-apa tapi ada apa-apa sebenarnya. 

NANTI TERIMA,  JAWAB DAN TANGGUNG MASING-MASING

Dikala petah mulut berbicara di dunia,  tangkas jari jemari menyebar dan mencari sesuatu pada kekunci angka juga abjad, semua ada peranannya.  Ada.  Ya Ada!.  PC sendiri tidak pernah terkecuali.  Kan bagus kalau boleh berkecuali.  Tapi tidak. Tidak! 

Diketika semuanya sudah tidak boleh lagi berpatah balik dan sudah tidak boleh memperbetul atau mula semula,  itulah detik yang sangat-sangat berat. NANTI TERIMA buku catatan khas yang tidak terlebih atau terkurang walau sedikit,  JAWAB tanpa menggunakan lidah serta mulut untuk berlisan DAN TANGGUNG MASING-MASING tanpa boleh menoleh ke mana-mana. Allahu. 

Sedih.  Takut.  Ada yang gembira dan tersangat bahagia juga ketika itu.  Ya Allah. Semoga KASIH SAYANG ALLAH ada untuk kita semua. Aamiin. 

Nota PC : Semoga sentiasa ingat dan sedar diri. Mati itu pasti. 



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Terima kasih atas peringatan. Zaman dunia maya ni lagi senang berbuat dosa. kena selalu hati-hati

    BalasPadam
  2. semoga Allah permudahkan semua urusan kita

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama