RANCANG PERJALANAN PUN PENTING

RANCANG PERJALANAN PUN PENTING | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.  Assalammualaikum semua. KE MANA TU?. Hargai selagi ada. Ingat dan bantu selagi boleh. Bila ingat dan bantu selagi boleh bermakna semasa hidup atau sudah tiada lagi. 

Rancang perjalanan pun penting. Ya, bagi PC penting. Tak kisahlah dari sudut apa pun. Kesihatan, kewangan, masa dan kenderaan. Kalau ada yang kita nak bawa, lagi banyak faktor kena ambil kira bukan sambil lewa.

Jalan jauh ke, jalan dekat-dekat ke.  Tetap perlu rancang juga. Jam berapa perlu bersiap. Jam berapa perlu gerak. Anggaran waktu sampai destinasi. Walau laluan itu sudah kita khatam situasinya, segalanya mungkin terjadi. Apatah lagi kalau semuanya suasana baharu untuk kita.. ermmm lagi la kena berganda  perancangannya. 

Jalan baharu pertama kali kita lalu. Keadaan persekitarannya pun sangat-sangat asing.. faham-faham sendiri. Perlu lebih masa kita guna dan perlukan. Kalau memang tak ada sebarang janji atau urusan penting, tak apa.. kalau sebaliknya, itulah pentinya rancang perjalanan. Boleh jadi sehari awal pun tak salah jugakan.

Nama pun rancangkan. Rancangan kita manusia. Tentu ada lemah dan kurangnya. Sebaik-baik perancangan kita, lebih baik lagi rencana Allah swt untuk kita. Tapi bukan la bermakna berserah je. Usaha la rancang elok-elok. Allah swt pun tak la tolak atau tangguh semua rancangan kita. Sebab tu Allah suka orang yang rajin usaha. Bersungguh berdoa. Tidak lupa tawakal. Bismillah.

NOTA PC : Seronoknya nak balik kampung. 
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Allah sebaik-baik perancang, tapi kita kenalah usaha. Bab keselamatan jangan dibuat main. Jadi apa-apa menyesal tak guna

    BalasPadam
  2. Betul tu, akak kalau balik kampung baik johor tau terengganu selalu suka balik waktu pagi. Kalau boleh lepas subuh terus gerak, jalan masih tenang lagi, sampai pun masih siang hari. Barang pun memang kene buat list apa yang nak bawak, benda penting kena letak dekat terutama ubatan

    BalasPadam
  3. wah sedang merancang nk balik kampung ya

    BalasPadam
  4. betul tu PC. apa pun yg kita nak buat perlu rancang yg sebaiknya.selebihnya kita serah shj pada Allah SWT

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama