DUA BELAS PER DUA BELAS TAMAT DISEMBER

DUA BELAS PER DUA BELAS TAMAT DISEMBER | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum semua. Hihi. HUJUNG TAHUN pun tiba. Dan hari ini dah masuk hari terakhir dibulan Disember. Bulan bermula cuti sekolah. Ada ramai yang mengadakan majlis itu ini. Terutama walimatulurus. Walau pun dah hujung sangat. Tetap ada lagi yang adakan majlis. Selagi ada waktu, gunakan.

365 HARI. Alhamdulillah. Syukur hingga hujung tahun diizin Allah menikmati itu ini. Masa dan hari-hari yang dilalui juga salah satu bentuk nikmat dan rezeki yang Allah swt pinjamkan pada pc. Walau  kadang ada yang sangat dimanfaatkan dan ada juga masa dan hari berlalu begitu sahaja dan seperti disia-siakan. Allahu. 

Hujung tahun menjadi satu lembaran kesimpulan untuk sepanjang tahun. Biasanya akan ada banyak rangkumannya untuk dikaji dan untuk dikenang juga. 365 hari. Satu jumlah yang banyak dan besar juga untuk pc. Banyak perkara boleh bokeh kita lakukan dan boleh Allah swt izini terjadi juga.

2022. Sambutan Aidilfitri pertama setelah dua tahun kita semua berada dalam gelombang pandemik COVID19 dan tidak dibenarkan bebas ke mana-mana termasuklah pulang ke kampung bersama-sama keluarga. Aidilfitri terkejut jugakan. Rezeki sabar dua tahun. Allah swt hadiahkan kejutan.

8 Syawal, 9 Mei, hari ibu, Allah ambil mama kembali ke pangkuanNya. Pada  usia 65 tahun mama kembali kepada PEMILIK  HAKIKINYA. Allah beri peluang  kami beraya bersama-sama.  Nangis bermaafan sungguh-sungguh. Cerita itu ini. Namun sekejap. Berat. Hancur hati. Gelap pandangan. Tapi itu hakikat hidup yang bernyawa. PC RINDU MAMA. SANGAT-SANGAT. Allah, mohon santuni mama ku. Al Fatihah.

DUA BELAS PER DUA BELAS TAMAT DISEMBER

Sekarang pc pun dah ada di kampung. Dah balik kampung. 31 Oktober pc gerak pindah balik kampung. Maknanya dah dua bulan pc di kampung. MasyaAllah. Gembira bercampur sedih. Gembira dekat dengan babah. Sedih mama dah tak ada. Sebelum ni babah ziarah pusara mama sendiri. Sekarang kami pergi sama-sama. Sebelum ni tunggu balik kampung baharu pc ziarah pusara mama, tapi sekarang pc boleh pergi dengan kerap. Aamiin.

Esok mula halaman baharu. Hitungan pertama ditahun 2023. SubhanaAllah. Semoga  hidup di dunia hingga di akhirat kelak sentiasa dalam rahmat Allah swt.

NOTA PC  : Selamat tahun baharu 2023
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Innalillahiwainnailaihirajiuun.... Salam takziah. Semoga roh ibu PC diletakkan bersama roh org2 yg beriman. Bapa abam kie dah pergi ke alam baqa pd thn 2021. Ibu pula sudah 20 thn meninggal dunia. Selamat Tahun Baharu 2023. Jemputlah menziarahi blog abe kie pulak deh? Thanks....

    BalasPadam
  2. End of the year always brings happiness. We educational consultant celeberate thi day just as happy too.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama