HIDAYAH DARIPADA ALLAH USAHA DARIPADA KITA

HIDAYAH DARIPADA ALLAH USAHA DARIPADA KITA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum semua. Hihi. Hujan. Alhamdulillah. Suka udara lepas hujan. Ada aroma yang lain. Sejuk segar semulajadi daripada alam.


Tunggu hidayah. Selagi belum dapat hidayah selagi itulah begitu. Ada macam-macam pendapat juga. Bab hidayah ni dengan cara fikir masing-masing. 

Bagi PC la kan.. ermmm HIDAYAH DARIPADA ALLAH USAHA DARIPADA KITA. Maksudnya kita kena doa minta. Minta Allah sentiasa beri hidayah pada diri kita. 

PC sendiri sentiasa perlukan bantuan dan petunjuk daripada Allah. Hidayah ni bukan semestinya pada perkara-perkara besar, penting dan berat sahaja.. menjalani rutin harian ni pun sangat-sangat perlu hidayah atau petunjuk daripada Allah swt. 

Ya, hidayah memang daripada Allah swt. Tapi kena juga usaha, doa minta supaya petunjuk tu mendekat dengan kita. Macam juga kalau ada niat nak berubah. Niat tanpa usaha sia-sia juga.

Usaha dulu. Doa dulu. Kalau masih begitu.. bererti Allah belum izin lagi untuk kita menerima petunjuk akan sesuatu hal. Jadi, jangan putus asa.

NOTA PC  : Ujian akan sentiasa ada. Jangan lupa nikmat yang selalu kita rasai.
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama