LEBIH MENGHARAPKAN DOA BERBANDING PUJIAN

LEBIH MENGHARAPKAN DOA BERBANDING PUJIAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Siapa yang tidak suka dipuji. Siapa yang tidak terbuai dengan kata-kata pujian. Di luar kemampuan kira menilai ikhlas atau tidak ikhlasnya pujian. Berisi atau kosongnya pujian. Tetap sahaja husnuzon dengan sesama sehinggalah jelas bahawa pujian itu ada tersiratnya tidak setulus yang tersurat.

Pujian itu salah satu bentuk penghargaan. Tapi percayalah, hati kita boleh merasakan setiap pujian itu arahnya ke mana. Tulusnya sekadar apa. Naluri. Kalau pun ada niat yang belok-belok hati kita boleh rasai itu. Allah izin. Allah akan selalu lindungi kita hamba-hambaNya cuma kita ni perasan atau tidak. Sedar atau mengabaikan sahaja.


Lebih mengharapkan doa berbanding pujian. Ini PC, jujurnya PC lebih mengharapkan doa yang baik-baik daripada orang yang paling dekat, orang disekeliling dan sesiapa sahaja yang mengenali PC baik secara langsung atau tidak langsung. Yang sudi. Ya, kepada yang sudi. Bukan tak suka pujian. Bukan sombong. Bukan. Suka je pujian cuma satu hal yang PC sedar adalah dengan pujian tak langsung mencipta dan menambah musuh dalam senyap. Bukan PC tapi orang lain yang jadikan PC musuh. Barangkali meluat la. PC alami hal ini daripada kecil lagi. 

Pertama, kenapa bukan yang memuji dimusuhi.
Kedua, tidak semua orang yang dipuji itu minta, mahu dan suka dipuji apatah lagi timbulkan masalah lain, daripada pihak lain. Ada yang tak kisah orang lain dipuji. Ada yang kisah, sehinggakan menjadi isu dan bahan oerli memerli.

Kalau disuruh pilih antara pujian dan doa. PC pilih didoakan secara berterusan kerana TIDAK MUDAH UNTUK ORANG MENDOAKAN KITA sepanjang masa. Apatah lagi doa yang baik-baik ya. Pujian?. Bagi PC itu bonus, rezeki dan sebenarnya UJIAN juga. Bukan pujian tidak penting. Boleh jadi, salah satu bentuk motivasi. Kalau puji. Puji Allah dulu kemudian pujilah makhluk ciptaanNya. Kerana Allah swt.

NOTA PC   :  LEBIH MENGHARAPKAN DOA BERBANDING PUJIAN
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama