DUA PULUH LAPAN HARI SELESAI

DUA PULUH LAPAN HARI SELESAI | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. HARI TERAKHIR bulan Februari tahun ini. MasyaAllah. Alhamdulillah. Sepuluh bulan berbaki untuk ytahun ini, 2023. Untuk kita?.. cuma Allah swt yang tahu tinggal berapa baki waktu dan hari untuk kita, untuk PC.  Allahu.

Hari ni adik sepupu PC masuk wad. InshaAllah esok adik sepupu PC akan menjalani pembedahan merawat masalah tonsil yang dihidap sejak sekian lama. Mohon doakan ya semoga semua lancar dan adik sepupu PC kembali sihat. Aamiin.

Selesai Februari. Alhamdulillah.  Bulan kelahiran encik suami. Bulan ulangtahun pernikahan kami juga. Dan bulan ni dapat bawa babah ziarah PUSARA arwah pak uda iaitu abang babah di Johor Baharu. Syukur.

Apa lagi ya... oooo bulan ni jugalah kucing babah beranak. Dua ibu beranak sedang sehari je. Satu ibu si Dodot anaknya tiga ekor.. satu ibu lagi si Tompok anaknya tujuh ekor. Sepuluh ekor oiiiii. Alhamdulillah. Urut dada babah. Senyum je cucu bulu makin meriah. Kawan gaduh atok ba makin menjadi-jadi. Kuuuuu semangat.

Walimatulurus yang berganti-ganti. Bulan Februari ni memang setiap minggu ada jemputan. Mungkin sebab cuti sekolah, lagi satu dah dekat dengan Ramadan jugakan. Memang meriah sana sini. Larat tak larat jelah nak pergi. Sambung juga ke bulan Mac nanti. Semoga bahtera rumahtangga  yang dibina indah hingga syurga.

Semoga jumpa Februari ditahun 2024. Aamiin. 

NOTA PC  : Semoga direzekikan Ramadan olehNya.
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Banyak kisah suka duka sepanjang hari-hari berlalu.. Semoga adik sepupu PC kembali sihat seperti sediakala dan tak lupa juga sis ucapkan Selamat Ulangtahun Perkahwinan PC..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama