LEBIH MEMAHAMI

LEBIH MEMAHAMI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum semua. Hihi. FAHAM akan betul-betul faham bila diri sendiri alami. Pengalaman yang dilalui. In sya Allah fahamnya tu bukan setakat dimulut tapi sampai ke hati. Daripada jiwa yang merasai. Bila faham itu daripada pengalaman, mudah juga untuk MEMAHAMI.

Memahami. Lebih memahami lebih tepat dan lebih diharapkan. Siapa pun tentu saja perlukan pengertian daripada orang lain. Nak orang lebih memahami. Diri sendiri pun akan belajar dan usaha LEBIH MEMAHAMI.

LEBIH MEMAHAMI

Susah sangat ke nak LEBIH MEMAHAMI. Susah kalau orang tu tak mahu dan tak berminat untuk lebih memahami. Ikut kepala sendiri. Ikut hati sendiri. Memang susah. Tapi.. kalau tak mengalami.. tapi ada rasa simpati.. empati.. dan memang nak memahami.. ianya akan jadi SANGAT MUDAH dan MEMUDAHKAN.

Timbul banyak isu dan menjadi masalah. Ya, bila tidak mahu memahami, akan menimbulkan banyak isu dan masalah. Tak faham tapi ada usaha nak memahami... dengan, tak faham tapi langsung tak nak belajar memahami.. dua hal yang berbeza kan.. kan. Kalau PC.. baik diri sendiri atau orang lain... awak tak faham tak ada masalah.. tapi kalau ada usaha nak lebih memahami itu sangat-sangat terbaik.

Jadilah manusia yang manusia. Tidak akan rugi untuk saling dan lebih memahami. Bila kita memahami, nanti kita juga mudah dapat pengertian daripada orang lain. Mudah je. Allah baik sangat-sangat. Lebih memahami segenap sudut. Perasaan. Keperluan dan kehendak. Segenapnya. Jangan ikut fahaman sendiri hingga orang lain rasa terbeban dan susah. Jangan bina kemelut dalam hidup. Hidup ni bukan cuma tentang diri sendiri tapi melibatkan banyak hal lain yang perlu juga diambil kisah.

NOTA PC  : Jangan bersungguh sangat suatu yang tak ada dalam Al Quran dan hadith diperkuatkan. Adat boleh ikut dan boleh abaikan.
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama