MENERIMA HAKIKAT BUKAN MACAM MAKAN SUPER RING

MENERIMA HAKIKAT BUKAN MACAM MAKAN SUPER RING | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. KENA CEPAT MOVE ON. Jangan fikir sangat. Bawa bertenang. Eh, assalammualaikum saudara, saudari, tuan, puan, dato, datin, encik dan cik. Cakap mudah sangat. Ecececehh. Marah ke tu?. 

Apa sahaja situasi yang kurang best sedang dihadapi atau terpaksa dilalui bererti hati dan fikiran kita pun sedang berada dalam keadaan atau suasana tak selesa juga. Walaupun pada luarannya nampak baik-baik sahaja. Hakikatnya bila berlaku sesuatu, akan perlu juga sesetengah hal disetkan kembali seperti sediakala.

Kembali seperti sediakala?. MENERIMA HAKIKAT BUKAN MACAM MAKAN SUPER RING. Sudah terbiasa di tempat biasa berpuluh tahun kemudian perlu pindah, tidak mudah terus beradabtasi dengan persekitaran baharu. Tentu sahaja rasa sedih meninggalkan tempat lama macam satu luka yang perlu dirawat. Belum lagi macam mana nak sesuaikan diri. Ini contoh mudah yang ringkas saja pun. Apatah lagi kalau melibatkan sesuatu hal yang lebih besar dan serius terjadi.

MENERIMA HAKIKAT BUKAN MACAM MAKAN SUPER RING

Tidak semua orang hatinya tegar. Ada yang melankoli. Tidak salah pun menangis dan bersedih. Nabi pun bersedih dan menangis. Kita hamba Allah. Kita umat nabi. Setegar apa pun hati manusia akan ada titik lemahnya. Ada waktunya terduduk dan meratap. Bezanya diperlihatkan atau pilih untuk terus disembunyikan. Kalau menerima berita gembira pun boleh menangis terharu, jadi tidak ada salahnya bila menangis bila menerima berita duka. Menangis dan bersedih tidak salah asalkan TIDAK MERATAPI secara berlebihan atau keterlaluan. Ada bezanya.

Jujur, bagi PC sendiri, menerima hakikat hal yang sedih atau buruk dalam hidup adalah mencabar dan berat. Bukan macam makan super ring sambil tengok kertun tom and jerry. Tidak ya. Semua perlukan waktu dan ada prosesnya yang berperingkat juga. Balik lagi, lain orang lain kekuatan dalamannya.

NOTA PC :  MENERIMA HAKIKAT BUKAN MACAM MAKAN SUPER RING
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama