8 SYAWAL 1444H

8 SYAWAL 1444H  | Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. HITUNGAN BULAN ISLAM TAHUN HIJRAH.. YA CUKUP SATU TAHUN HARI INI. 8 Syawal 1443H - 8 Syawal 1444H. Mama, rasa macam baharu beberapa detik jua dapat panggilan mengatakan mama dah tak ada.. rupanya dah setahun hijrah ma. Allahu. Nanti, hitungan ditahun masihi pun dah tak lama ma.


Bezanya cuma jasad mama yang tak ada dengan kami. Tu je. Yang lain-lain sama macam dulu-dulu la mama. Memang jua dengan babah nak macam tu. Hidup dalam kerinduan, kenangan jadi penawar tipis. 

Jua tak boleh jadi mama, tapi kata babah jua banyak mewarisi mama. Walaupun orang kata anak perempuan ni lebih ke bapanya. Alhamdulillah la. Kan 50-50. 50 gen babah 50 gen mama. Babah kata jua mini mama. Ermmmm mesti bab bebel dengan tak suka berlengah.. adoi.

Cepat waktu. Cabaran cuaca. Macam-macam mama. Jua doa Allah sihatkan kami di SINI untuk terus sentiasa bantu mama di SANA. Setiap kali ziarah pusara mama, kata yang sama dan rasa yang sama kami bawa.. "RINDU". TAK TIPU!!

Bagaikan pokok bunga.. subur dan berbunga. Berwarna. Ada harumannya. Indah. Walau sampai masa layu, lalu gugur ke bumi kemudian lenyap.. tapi tetap saja wujudnya meninggalkan kesan dan cerita tersendiri.

Ada banyak "rasa". Pilih untuk disimpan. Ada pelbagai "cerita". Pilih untuk dibalut rapi. Tidak terluah semuanya. Pecah dan mencair mengalir menjadi air mata. Mama, nanti kita jumpa. Pada waktu yang DIA lebih tahu.

NOTA PC  : Al Fatihah [dibaca]. Setahun musim hijrah. Bak kemarau hayat berbaki.
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. selamat hari raya PC...Maaf zahir batin. Saya pulak, memang sebiji mak saya...rupa, suara, perangai, ketinggian, kelebaran..semua kacuk mak. takde bahagian abah langsung

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama