JANGAN BERLEBIHAN

JANGAN BERLEBIHANبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيمAssalammualaikum wbt. Apa pun itu bila berlebih-lebihan tentu ada kesannya. namun begitu tidak semua yang berlebihan itu tidak baik dan mendatangkan kesan buruk. Contoh berlebihan yang baik seperti sedekah, in sya Allah akan beri kesan baik dalam hidup kita. Menuntut ilmu berlebihan in sya Allah lebih ilmu yang kita dapat. lagi-lagi kalau dengan ilmu itu kita manfaatkan sebaik-baiknya bukan cuma untuk diri sendiri tapi untnuk orang lain juga, perhh lagi mantap. Aamiin.

Jadi, jangan berlebihan dalam bab apa yang harus kita hindari atau kawal. Berlebihan yang memudaratkan diri sendiri dan orang lain. Hujungnya menimbulkan banyak masalah demi masalah. Satu persatu. 

Makan. Siapa yang tidak suka makan dan makanan. Hidup perlu makan. Dan makanlah untuk hidup. Maksudnya ala kadar. Seperti yang Nabi ajar, berhenti makan sebelum berasa benar-beanr kenyang kerana bila terlalu kenyang kita jadi kurang produktif. Malas. Mengantuk. Paling bahaya memberi kesan kurang baik juga pada kesihatan. Bukan tidak boleh makan, boleh sahaja. Tapi kurangkan kuantitinya setiap kali makan sebaliknya kuantiti itu ditambah pada jumlah waktu makannya. Makan sedikit-sedikit tapi kerap. Elakkan sekali makan terus banyak-banyak sampai sendat perut. Kesian perut kita. penat usus nak bekerja walaupun makanan itu telah dikunyah dengan sangat halus.

Tidur. Rehatkan seluruh anggota tubuh adalah dengan tidur. Tidur suatu yang penting sekurang-kurangnya lapan jam. Itu peruntukan terbaik untuk tubuh kita rehat. Redakan keletihan, kesakitan ringan senggal badan, tekanan, rehatkan fikiran dan sebagainya. Kecuali bagi mereka yang ada masalah insomnia iaitu masalah sukar untuk lelapkan mata atau tidur. Waima  tidur atau sekadar berehat seketika pada pertengahan siang diperbolehkan juga yang dikenali sebagai qailulah. Tetapi apa yang sangat tidak digalakkan adalah tidur yang berlebihan-lebihan. Tak elokkan bila tidur berlebihan. Hingga tidak tahu bila matahari terbit dan bila pula bulan yang muncul. Kalau tidur berlebihan dengan sengaja tanpa ada alasan kukuh pun boleh mendatangkan mudarat pada tubuh kita kerana tidak beraktiviti dengan baik.

Cakap. Seronok bercakap. lagi seronok ada yang suka dengar tak pun ada ramai yang bagi respon. Fuh, lagilah teruja berganda-ganda. lebih-lebih lagi bila cakap hal merapu, ada pula yang tukang layan. Sama aliran. Sama gelombang maka semakin menggebu-gebulah cakap ya. Kalau cakap perkara baik dan jelas, tidak jadi masalah pun. Baguslah. Tapi kalau cakap berlebihan, ramuannya atau rencahnya hal yang tidak baik, bahaya juga. Banyak cakap banyak salah. Banyak salah lupa nak taubat jadi dosa. Bukanlah bererti tak boleh cakap. Cakaplah tapi ada batasnya. Kena tahu bila perlu dan bila tidak. Masa berhenti dan masa cakap. Saya tak suka bercakap berlebihan. Bagus tu, tapi jangan banyak bercakap yang bukan-bukan dalam hati pulak ya kerana tetap sahaja Allah swt beri penilaian.

Kesimpulannya, kalau nak lakukan berlebihan kena pilih-pilih. Berlebihan yang baik silakan. kalau berlebihan yang kurang baik sila tinggalkanlah ya.

Sekian

NOTA PC  :  berhati-hati 


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama