WAHAI ANAK

WAHAI ANAK | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Aku seorang anak. Kita adalah anak. Bersyukur lahir ke dunia menjadi seorang anak. Ada ibu bapa yang baik. Ibu bapa kita baik. Kalau ada yang mempertikaikan tidak semua ibu bapa itu baik, satu hal yang perlu diketahui, jika kita lihat ada anak yang dibuang, dicederakan, dibunuh dan sebagainya oleh ibunya atau bapanya dan oleh penjaganya itu bukan bererti mereka tidak baik tetapi mereka sedang dan telah membuat kesilapan. Setiap manusia yang Tuhan izin lahir ke dunia ini baik tidak kiralah daripada agama apa pun. Semua bersih dan suci. Putih.

Tiada manusia tidak lakukan khilaf. Ada orang berjaya setelah lakukan khilaf berkali-kali. Jangan hairan ada juga yang khilaf kerana terlalu berjaya dengan apa yang dikerjakan. Situasi bertentangan ini boleh sahaja terjadi kepada sesiapa sahaja di mana pun berada. Tidak kira apa pun profile kita.

Wahai anak. Ibu ayah kita tidak minta lebih. Sebaliknya mereka yang sering memberi lebih kepada kita. Bukan lebih tapi sangat lebih apa yang ibu ayah beri kepada kita anak-anaknya. Daripada kita ni dalam rahim ibu kita lagi. Sudah lebih segenapnya. Kalau awak pandang kawan-kawan awak mewah dan mudah mendapatkan apa sahaja yang dia ingini percayalah itu juga yang sedang ibu ayah kita lakukan dan mereka telah lakukan sedari kita kecil lagi, jadi jangan pandang orang lain untuk meluaskan jurang menampakkan sekadar kecupan daripada ibu ayah kita sediakan untuk kita sebagai anaknya.

WAHAI ANAK
GAMBAR HIASAN

Jangan tutup mata setiap keringat yang menitis dan kering sendiri sebelum dibersihkan pada ibu ayah kita. Pandang wajah mereka. Selalu. Lihat urat-urat pada tulang empat kerat mereka yang kian jelas terlihat. Perhatikan garis-garis halus pada wajah mereka ibu ayah kita. Tubuhnya sudah tidak setegap dahulu. Kurang pada pendengarannya. Kabur pada penglihatannya. Putih uban pada rambutnya. Semua sudah semakin kurang tapi doa mereka, kasih sayang mereka, rasa rindu mereka pada anak-anaknya semakin bertambah. Tidak pernah kurang.

Wahai anak. Berjaya itu luas pengertiannya. Berjaya dalam pelajaran. Berjaya dalam lapangan pekerjaan. Berjaya realisasikan apa yang dimahu. Ada banyak versi berjaya. pernah tak bertanya dengan ibu ayah masing-masing, apa erti anak yang berjaya pada sudut pandang mereka daripada hati yang paling mendasar. Pernah tak?. Ada orang berjaya itu bila capai hal-hal besar dan gah. Ada orang cukup yang sederhana sahaja itu pun berjaya. Berjaya masukkan benang dalam lubang jarum itu juga berjaya tau. 

Wahai anak, hantarlah ibu bapamu ke syurgaNYA.

Sekian

NOTA PC : sangat-sangat RINDU




PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama