HUJAN PANAS MACAM KEK LAPIS

HUJAN PANAS MACAM KEK LAPIS | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Hihi. SALAM JUMAAT INDAH SEMUA. Bila belek-belek kalendar rupanya hari ni Jumaat TERAKHIR dibulan Mei ya. Sekolah pun dah mula cuti ya. Selamat bercuti anak-anak,  adik-adik. Banyak juga undangan walimatulurus ni. Syukur.

HUJAN PANAS MACAM KEK LAPIS

HUJAN PANAS MACAM KEK LAPIS. Alhamdulillah dah mula hujan ni. Kerap. Kadang malam hujan. Kadang pagi. Petang dekat senja tu. Hujan. Syukur. Dijangka hari tu panas terik hingga Ogos atau September.  Tapi ni dah kerap je hujan. Ya Allah.. memang nikmat la sangat.

Kejap hujan. Panas semula. Eh tiba-tiba hujan lagi. Gitulah hari-hari sekarang ni. Ni pun dah mendung. Berselang seli hujan panas macam KEK LAPIS la pulaknya ya. Hihihi. Nak beri perumpamaan yang lain tak tau. 

Bila panas terik sungguh-sungguh. Bila hujan, kilat dengan guruhnya pun sungguh-sungguh juga. Jangan macam-macam. Berdentam dentum. Anak jiran siap nangis ketakutan dia.

Cuti sekolah dah mula. Tentu ada banyak aktiviti yang dirancang bersama-sama anak-anak untuk mengisi waktu lapang. Di rumah sahaja atau keluar kawasan, keselamatan dan kesihatan mesti sentiasa dititik beratkan. Gembira jangan sampai lalai banyak hal.

NOTA PC  : sedap ni dapat makan KEK sarawak.. aduh

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama