AKHIRNYA SARAPAN CEMPEDAK GORENG | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi.. ADA DUA POKOK CEMPEDAK. Alhamdulillah rajin berbuah. Rasanya macam tak ikut musim. Berterusan sepanjang tahun. Syukur sangat-sangat. Dah ramai yang dapat rasa buahnya. Berbiji-biji. Kongsi rezeki. Nak makan sendiri memang tak habis. Berilah pada yang sudi. Tapi itu dululah. Sekarang?. Sekian terima kasih je laaah.
Satu pokok buahnya PC dah pernah makan buahnya. Satu lagi pokok belum langsung dapat makan. Allahuakbar. Dulu berbuah banyak, PC tak balik kampung. Bila balik kampung dah habis la, tengah berpotek la. Belum rezekinya kan. Tak apalah. Walau terliur juga dengar babah mama cakap isinya tebal dan manis. Ya Allah. Sabar.. sabar.. sabar wahai hati. Haaaa tahun ni..
Ya, tahun ni dia berbuah lagi. Banyak. Alhamdulillah. Gembira sangat-sangat. Tapi macam biasa bersaing dengan monyet dan tupai. Sesekali ada landak. Hahahaha. Semua buahnya saiznya sedang elok je. Tak besar sangat. Taklah juga kecil sangat. Hujan panas biasanya tak lekat. Gugur. Kali ni okay. Bohonglah tak berharap!!!.
Entah dah berapa biji yang digugurkan monyet. Kenduri cempedak mereka. Bukan main lagi. Pikul cempedak ramai-ramai. Kita ni tengok je dalam keadaan kesedihan. Takkan nak lapor polis. Hello polis, cempedak saya ke angkot monyet. Ada yang kena ketawakan dengan polis. Ermmmmm.
Bungkus dengan plastik dah. Bungkus dengan kertas pun sudah. Tapi tetap jugalah terkorban juga. Allahuakbar. Babah kata kali ni cuba bungkus dengan kain pelikat buruk-buruk yang dah lusuh. Apa lagi, tugas PC selongkar kotak dalam stor la. Biasa yang dah lusuh masuk dalam kotak simpan dalam stor. Hahaha.. ini dia. Ada kain pelikat babah dulu-dulu. Entah bila punya. Tak reput cuma dah lusuh. Ambil bagi pada babah. Tugas babah bungkus buah cempedak yang ada. Dah tua buahnya. Tunggu masak je.
Bukan main bolot babah. Huhuhu. Bissmillah. Tetap juga dia datang intai-intai. Ya Allah. Tapi kalau dah namanya rezeki.. haaaaa. Akhirnya, alhamdulillah. Masak sebiji setakat ni. Awal pagi bangun turun ke dapur omakaiiii.. harum semerbak bau cempedak. Rupa-rupanya.. babah dah petik letak atas dapur. "Terpulang pada jua nak makan gitu je atau nak goreng.. kata babah". Suku makan fresh. Baki goreng. Wahhhhh. Bijinya rebus. Alhamdulillah. Rezeki.
NOTA PC : moga ada rezeki yang berbaki boleh dibagi-bagi.. aamiin
Tags:
Santai Peribadi
Alhamdulillah dapat goreng cempedak buat sarapan
BalasPadamalhamdulillah. sedap ni. sekarang musim cempedak kan, tpi tu lah nak beli mahal mcm durian dah. ada dekat kebun sendiri seronok kan
BalasPadambestnya ada tanam pokok cempedak sendiri... kalau dah berbuah tak kalut nak beli
BalasPadam