JANGAN DIGADUHKAN

JANGAN DIGADUHKAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. TIDAK PERLU HAL BESAR UNTUK DIGADUHKAN..  kadang hal kecil itulah yang jadi gaduh besar. Bak kata babah.. akhir zaman, semakin pelik-pelik manusianya. Dulu mama masih ada.. selalu mama pesan.. "jua jaga diri.. jaga solat.. kat mana pun insyaAllah anak mama ni Allah jaga..". Ahhh.. sebak pulaknya. Hurmmm.

Dan benar. Memang betullah setiap kita ada garis waktu tak sama. Setiap kita ada zaman yang lain dilalui. Zaman mak ayah kita.. atok nenek kita.. adik beradik yang jarak usia jauh dengan kita, tak sama. Semuanya akan berlangsung dan dijalani sesuai waktu dan zaman. Tapi ada sesetengah perkara zaman atau relung waktu tidak boleh jadikan sempadan atau alasan. 

Zaman sekarang, yang dulu kita mungkin tak terbayangkannya. Sehinggalah kita sendiri lalui sekarang. Oh macam ni rupanya. Oh inilah dia. Setelah dan sedang kita lalui. Seterusnya yang akan datang pun kita tak terbayangkan bagaimana. Tapi yang terkini yang sering dan biasa disebar dan berlaku adalah gaduhkan banyak perkara yang kadang kecil dah remeh. Mungkin remeh dan kecil pada kita la kot. Tapi besar dan penting bagi orang.

JANGAN DIGADUHKAN
KREDIT IMAGE

Kalau boleh jangan digaduhkan. Cantik. Cantik ni luas pengertiannya. Banyak sudut boleh dinilai la. Cantik luaran. Cantik dalaman. Cantik yang mana sebenarnya. Dan nak cantik bagaimana. Lain orang lain persepsinya. Tak sama mahu cantiknya seperti apa. Mengubah itu bahaya. Merawat itu diharuskan apatah lagi jika berkaitan dengan kesihatan. Lagi satukan.. entah kenapa, ada satu trend mak mak ni, tak semua mak mak tau, segelintirnya la.. ghairah nak cari dan dapat menantu yang cantik. Menantu terdahulu, kurang cantik.. jadi bahan jelah.. ah pishangg. Tak salah. Cuma hati-hatilah makcik ya. Bahaya. 
 
Harta. Harta orang jangan diintai. Jangan dihitung juga. Jaga dan uruslah harta sendiri sehabis baik. Jangan digaduhkan harta orang. Harta sendiri sesama adik beradik pun jangan digaduhkan. Tapi macam tak mungkin. Tak banyak, sikit mesti ada yang berbunyi. Ada saja yang tak puas hati sana sini situ. Ya Allah. Pening la oiii. 

Kerja. Jangan digaduhkan jawatan dan pangkat orang. Awak nak canang pangkat ke, jawatan ke, gaji ke.. dipersilakan. Tapi tolong sangat jangan sibukkan kerja orang ya. Sebab, tak semua orang sangat terbuka dalam hal peribadi. Dah nama pun peribadikan. Jadi jangan suka siasat ya, takut sesat dalam pencarian sendiri. Buang masa. Baik zikir. Hati tenang. Pahala deras mengalir. Tak gitu. Hihihi.

Banyak yang digaduhkan. Mungkin ia cara mengisi masa lapang agaknya la. Kalau boleh elakkan ya. Meningkat usia semakin dekat kita dengan kematian. Semakin laju kita menuju jalan kembali kepangkuan Allah swt sebenarnya. Jangan sia-siakan kesempatan yang ada.

NOTA PC  :  macam-macam ragam manusia.. rezeki tak sama
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama