BULAN KELAPAN HELLO OGOS

BULAN KELAPAN HELLO OGOS | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Hihi. ALHAMDULILLAH.  BULAN OGOS DAH. Mendung sangat-sangat.  Macam nak hujan. Tapi belum tentu juga. Jangan air ditempayan dicurahkan. Tunggu hujan lebat jelah. Kalau Allah rezekikan hujan. Kadang gelap sangat-sangat ada guruh.. eh panas terik pula. Biasanya panas terik perit sangat-sangat rasanya.. tiba-tiba hujan selebat-lebatnya. Naik takut pun ya juga. Lagi kalau ada angin kuat. Lagilah ngeri.

Bulan Ogos bulan kemerdekaan. Sebab sambutan Hari Kemerdekaan negara kita jatuh pada 31 Ogos setiap tahun. Kenapa bulan kemerdekaan?. Biasanya bulan Ogos ni la banyak aktiviti yang ada kena mengena dengan sambutan hari kemerdekaan. Meriah sana sini situ. Alhamdulillah. Semangat!. Kemuncaknya pada 31 Ogos itu nanti. Sambutan besar-besaran akan diadakan. Biasanyalah. 

BULAN KELAPAN HELLO OGOS

Lapan bulan dah ya ditahun 2023. MasyaAllah. Isu semasa rasanya semua sedia maklumkan. PC rasa tak nak sentuhlah. Rasanya bulan Ogos kali ni banyak yang hangat-hangat jugalah. Entah hangat atau hangit. Kita mampu tengok je laaaah. Doa yang terbaik Allah swt berikan pada negara kita. Itu sahaja cukup.

Kalau tak silap PC bulan ni ada cuti sekolah. Sebab anak-anak buah dah cakap-cakap tu. Dah rancang macam-macam. Dah sibuk cakap nak balik kampung. Seronok ni. Kumpul ramai-ramai lagi. Dengar cerita itu ini. Ada macam-macam ragam la nanti. Banyak drama juga. Tapi seronok sangat. Itu pun kalau masing-masing tak pergi jalan-jalan.

PC rasa ada juga majlis perkahwinan sepanjang bulan Ogos ni. Sekarang pun dah tak tunggu cuti sekolah panjang untuk buat majlis. Hujung minggu pun ada je yang adakan majlis-majlis tertentu. Setakat ni pc tak ada apa-apa perancangan khas lagi. Semuanya biasa-biasa sahaja. Jalani rutin seperti biasa. Semoga semuanya dipermudahkan Allah. Aamiin.

NOTA PC : merdekakah kita 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. pejam celik pejam celik dah bulan kan. sekejap saja masa berlalu

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama