HARGA BAHARU DOMAIN DI NETKL

HARGA BAHARU DOMAIN DI NETKL | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. MENERIMA EMAIL daripada NETKL. Buka. Baca. Wah. Pemberitahuan harga baharu domain. Alhamdulillah. Ini pun salah satu cabaran menjadi seorang blogger yang memilih domain berbayar. Blogspot ke apa sahaja domain yang dipilih. Dot com dan sebagainya.

Kurang sebulan. Bermula 1 September 2023. Harga baharu. Rezeki bagi yang mahu perbaharui domain sebelum 1 September 2023. Kalau yang tamat tempoh tahun hadapan pun boleh juga nak renew domain sekarang dengan harga lama. PC sedang fikir-fikir juga ni. InshaAllah. Semoga Allah permudahkan. Aamiin.


Jujur. Dalam situasi sekarang, serba serbi "ada harga". Kalau sepuluh sen pun diminta, bukan kerana berkira atau kedekut tapi nasib dan rezeki orang tidak sama. Walaupun adik beradik. Kena faham tu. 

Balik semula ke NETKL tetapkan harga baharu. Bagi seorang blogger ianya satu hal yang tidak asing. Setahun sekali, atau dua hingga tiga tahun sekali bahkan mungkin ada yang sembilan tahun sekali. Ikutlah mampu, mahu dan rezeki kewangan masing-masing. Sebelum-sebelum ini PC perbaharui untuk dua tahun sahaja. Akan datang tengoklah macam mana nanti.

HARGA BAHARU DOMAIN DI NETKL. Boleh jadi membebankan. Boleh jadi dianggap biasa-biasa sahaja atau memang telah dijangkakan. Bohong kalau setiap kenaikan tidak terasa oleh blogger, cuma salah satu langkah yang boleh dilakukan dari awal adalah, menabung dalam akaun simpanan masing-masing. Sediakan peruntukan dari awal tahun. Kalau pun bila tiba masanya ada kenaikan dan perubahan harga, tak rasa terbeban sangat nak tambahnya tu. Maaf ya kalau cara atau pendapat PC silap.

NOTA PC : Selamat perbaharui tempoh domain. Terus semangat berkarya
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. makin naik ya harga dia PC. hari tu terfikir2 nak beli juga. tapi kena consistent update blog baru boleh bagi reward domain. tpi ni dah nak habis tahun blog masih jarang update.. hehehe tahun depan la pulak fikir nak beli domain. mesti harga pon makin naik nnti

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama