SEDAR DIRI TAHU TANGGUNGJAWAB DAN LAKSANAKAN

SEDAR DIRI TAHU TANGGUNGJAWAB DAN LAKSANAKAN | Ø¨ِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم. Assalammualaikum wbt. Hihi. Tanggungjawab. Semua orang ada tanggungjawab. Kepada Tuhan, diri sendiri, ibu bapa, adik beradik, saudara mara, kawan-kawan dan selagi kita hidup selagi itu ada tanggungjawab yang mesti kita laksanakan sesama insan dan sesama makhluk. Nanti bila sudah mati kita tidak ada lagi dan sudah terlepas tanggungjawab pada keseluruhannya, cuma ketika itu yang akan datang membela atau menuntut adalah kesan atau akibat sama ada kita laksanakan tanggungjawab atau tidak semasa di dunia dahulu. Nah itu dia. Itu yang takut.

Mahu tidak mahu, tidak dapat dinafikan sepenuhnya bahawa sebahagian besar masalah timbul dan berleluasa berpunca salah satunya adalah daripada pengabaian tanggungjawab. Sepatutnya sedar diri tapi tidak sedar diri akan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan. Mungkin tidak semua orang abaikan tanggungjawab. Tapi tetap sahaja ada. Apa sekalipun alasan dan masalahnya boleh dibawa berbincang. Boleh diselesaikan dengan cara yang paling baik dan menang-menang. InsyaAllah boleh.

SEDAR DIRI TAHU TANGGUNGJAWAB DAN LAKSANAKAN

Selagi kita sedar diri dan tahu ada tanggungjawab kemudian laksanakan seperti mana sepatutnya banyak masalah dapat diatasi. Kalaupun tidak keseluruhan dapat diselesaikan paling tidak pun sebahagian kecilnya boleh dileraikan. Boleh terlunas. Boleh juga menjadi sedikit ringan bebanan yang mungkin terpaksa ditanggung. Lapang la juga fikiran dan perasaan kita. 

Tanggungjawab dengan Tuhan. Tanggungjawab dengan sesama insan dan makhluk. Sama-sama ada tanggungjawab kita kepada dua pecahan ini. Lunas dengan baik tanggungjawab dengan sesama insan dan makhluk, tapi tercicir laksanakan tanggungjawab dengan Tuhan pun tak boleh juga. Kena selaraskan dua-dua, jaga Tuhan jaga hubungan dengan sesama insan dan makhluk la juga ya. InsyaAllah selamat. Aamiin.

Fardhu kifayah dituntut. Fardhu kiffayah bukan bererti juga kita tidak payah bila sudah ada orang lain melakukan dan bertanggungjawab ke atas hal tersebut. Tidak salah juga kalau seiringkan. Lebih baik dan lebih mantap kualiti kehidupan dan peribadi kita dalam usaha mahu menjadi manusia dan hambaNYA yang soleh dan solehah. Sebelum terlewat, sedar diri tahu tanggungjawab dan laksanakanlah sebaik-baiknya ya. Sekian.

NOTA  PC  : tanggung di dunia dah rasa berat.. nak menjawab di akhirat tu lagi lagi lagilah berat. 




PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. InshaAllah moga kita semua dapat melunaskan tanggungjawab dengan baik

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama