SINAR SELALU ADA

SINAR SELALU ADA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalammualaikum semua. Hihi. ADA KAWASAN TERANG. ADA KAWASAN GELAP. SIANG ATAU MALAM. Keadaan sekeliling main peranan. Perasan atau tidak, walau siang, ada sesetengah kawasan nampak gelap. Seram. Sedangkan sesetengah kawasan lain sentiasa terang. Ceria. Kita rasa suka nak pergi. 

Kalau nak rasa terang sahaja, masuk pusat membeli belah. Memang akan dipastikan sentiasa terang. Cerah. Gitu. Tidak sedar, bila keluar sahaja, di luar sudah gelap gelita. Sudah menjelang malam. Haaaa. Ralit.

Sinar selalu ada. Di mana pun kita berada, sinar selalu ada. Malahan terkadang kita sendiri yang memilih untuk pejamkan mata. Bukan cuma mata pancaindera, malahan mata hati juga. Ya, mata hati. Itu lebih parah. Lebih deras mengalir darah.

Carilah sinar. Ada. Kalau merasa berada dalam kegelapan, ingat dengan banyak dan luasnya sinar yang Allah swt sediakan. Untuk kita hamba-hambaNya. Ia dihadirkan dengan pelbagai cara. Boleh jadi hidayah. Boleh jadi disebalik musibah atau ujian. 

Sinar boleh hilang jika Allah swt mahu. Pada detik ianya hilang, hidup kita kian menuju jurang. Jurang yang cuma Allah swt sahaja berhak dan boleh bantu. Semoga.

NOTA PC : sinar, biar sangat jauh.. tetap menjadi harapan tipis
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama